Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Solar Berjaya Kurangkan Bil Elektrik Fasiliti Di Klang Ini Sehingga 50%

Solar Berjaya Kurangkan Bil Elektrik Fasiliti Di Klang Ini Sehingga 50%

Diterbitkan April 8, 2026 · Dikemas kini April 8, 2026 oleh ariff bukhari

Di tengah kenaikan tarif elektrik Malaysia sebanyak 14%  kepada 45.62 sen/kWj dan pengenalan cukai karbon dalam Belanjawan 2026, Sebuah firma kejuruteraan yang berpangkalan di Klang, Cheng Hua Engineering  mengambil langkah strategik dengan memasang sistem solar sebagai bumbung bangunan.

Sistem solar mereka yang berkapasiti 403 kWp dipasang oleh EFS Group.

Pemasangan ini berjaya mengurangkan bil elektrik hampir 50% dalam bulan pertama operasi, sambil mengimbangi 30% daripada jumlah penggunaan tenaga fasiliti.

“Solar telah membuktikan kebolehpercayaannya sejak sedekad lalu. Peluasan ini membolehkan kami mengawal penggunaan tenaga dengan lebih baik sambil menyokong peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon,” Encik Lim Chee Keong, Ketua Pegawai Eksekutif Cheng Hua Engineering Works Sdn. Bhd.

Secara tahunan, sistem ini dijangka menjana sekitar 362,280 kWj tenaga bersih, sekali gus mengurangkan jejak karbon operasi syarikat tersebut yang dianggarkan sebanyak 400 tan metrik setiap tahun.

Langkah ini bukan sahaja mengukuhkan daya tahan tenaga syarikat, malah membuktikan solar sebagai aset pelaburan jangka panjang yang mampu meningkatkan daya saing industri.

Tindakan Cheng Hua menunjukkan bahawa pengilang yang bertindak awal bukan sahaja mengurangkan kos, tetapi juga membina asas kelestarian untuk masa depan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Sistem Solar Parkir Kompleks PETRONAS Kerteh Jana Tenaga Bersih 344.52 kWp
  • Dari Perut Bumi Ke Stesen Minyak, Proses Teknologi Rantaian Bekalan Petrol Yang Sangat Kompleks

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY