Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ujian Terbaru Dedahkan Pelayar Terpantas Untuk Peranti Android

Ujian Terbaru Dedahkan Pelayar Terpantas Untuk Peranti Android

Diterbitkan Julai 25, 2025 oleh ariff bukhari

Dalam ujian terbaru yang dijalankan menggunakan infrastruktur sumber terbuka BLaDE, Brave untuk Android membuktikan bahawa ia adalah pelayar terpantas berbanding pelayar lain.

Malah Brave juga didapati lebih efisien berbanding pelayar utama lain seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Microsoft Edge, dan DuckDuckGo.

Dalam ujian menggunakan peranti Google Pixel 6a, Brave mencatat penggunaan tenaga 3.9% lebih rendah serta 5.5% lebih sedikit penggunaan kuasa CPU berbanding pelayar Chrome, Edge, dan Firefox.

Ujian Terbaru Dedahkan Pelayar Terpantas Untuk Peranti Android

Jika dibandingkan dengan DuckDuckGo pula, Brave lebih menyerlah dengan 23.7% kurang penggunaan tenaga dan 17.6% kurang penggunaan CPU.

Dari segi penggunaan memori (RAM), ujian itu mendedahkan Brave menggunakan:

  • 31.1% lebih rendah daripada DuckDuckGo
  • 9.8% lebih rendah daripada Edge
  • 40.1% lebih rendah daripada Firefox
Ujian Terbaru Dedahkan Pelayar Terpantas Untuk Peranti Android
Perbandingan penggunaan memori antara pelayar popular.

Walaupun Brave mencatatkan penggunaan RAM 4.6% lebih tinggi daripada Chrome, ia disebabkan oleh fungsi terbina dalam untuk menyekat iklan dan penjejak (tracker), yang turut menjimatkan data.

Dalam aspek kelajuan, Brave menonjol dengan Lebih 80% laman web dimuat sepenuhnya dalam masa kurang daripada 2.5 saat.

Jadi, jika anda mencari pelayar yang pantas, jimat bateri dan tidak membazir data, Brave mungkin jawapannya.

Berkaitan

  • TV OLED Atau QLED, Ini Pilihan Panel TV Terbaik Untuk Rumah Anda
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • HONOR Lancar Kedai Dan Pusat Servis Terbesar Di Johor Bahru

Sumber: Brave

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY