Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone boleh lipat_AppleHub

Ujian Skrin Gagal, Apple Didakwa Tangguh Pembangunan iPhone Boleh Lipat

Diterbitkan Februari 17, 2024 · Dikemas kini Februari 17, 2024 oleh Amalina Athman

Apple kini dilaporkan telah menangguhkan sementara pembangunan iPhone boleh lipat selepas panel paparan pembekal gagal melepasi piawaian ujian yang dijalankan syarikat itu.

Berkaitan

  • Tak Perlu Banyak, Dengan 3 Siri iPhone Ini Saja Apple Sudah Kuasai Pasaran Telefon Pintar 2023
  • Switch Tawar Diskaun Tukar Bateri Siri iPhone 12, iPhone 13
  • iPhone 16 Dilapor Bakal Tampilkan Prestasi AI Lebih Pantas

Menurut Fixed Focus Digital, Apple telah menguji telefon boleh lipat saingannya sebagai sebahagian daripada proses penyelidikan dan pembangunan ke dalam peranti boleh lipat, yang dipercayai telah berlangsung sejak 2016.

Bagaimanapun, sumber khabar angin itu mendakwa bahawa salah satu prototaip yang menggunakan panel paparan terkini Samsung telah “rosak selepas beberapa hari” menjalani ujian dalaman tersebut.

Lanjutan itu, Apple mungkin menangguhkan projek tersebut sekurang-kurangnya sehingga paparan boleh lipat memenuhi piawaian ketat yang ditetapkan oleh syarikat itu.

Sementara itu, bercakap mengenai Samsung, laporan baru-baru ini mendakwa bahawa syarikat itu telah cuba mengukuhkan kecekapan operasinya dengan menjangkakan produk boleh lipat pertama Apple, dan mengintegrasikan kepakaran yang diperolehnya dalam membuat peranti boleh lipat sejak 2019.

Samsung merupakan antara pembekal utama panel paparan yang digunakan dalam peranti Apple, dan diketahui telah menyediakan sampel paparan boleh lipat kepada syarikat itu.

Sumber: MacRumors

Gambar utama: AppleHub

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • PROTON Perkasakan Kualiti Dan Produktiviti Di Kilang EV Tanjung Malim
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
©2026 WISER.MY