Ujian Klinikal Virus Yang Hanya Bunuh Sel Kanser Berjaya Disuntik Pada Manusia

Virus yang dipanggil Vaxinia (CF33-hNIS) telah pun menjalani ujian klinikal manusia dengan suntikan pertama virus tersebut. Vaxinia telah diubah suai untuk membunuh sel-sel kanser sahaja tanpa menyentuh sel sihat yang lain dalam badan manusia.

Para saintis berharap virus ini dapat menjadi batu loncatan dalam rawatan dan kajian perubatan dalam melawan penyakit kanser. Vaxinia sebelum ini telah melalui ujian klinikal pada haiwan dan ia menunjukkan keputusan yang positif seperti yang diharapkan.

Kapsyen: Mikrograf elektron sel kanser payudara


Vaxinia mampu merangsang sistem imunisasi untuk bertindak balas kepada sel-sel kanser dan membunuhnya. Selain itu, sistem imunisasi badan dapat menjadi lebih bertindak balas kepada rawatan immunoterapi yang lain.

Kapsyen: City of Hope


Ujian klinikal dilakukan Jabatan Onkologi Perubatan & Penyelidikan Terapeutik dalam organisasi City of Hope. Organisasi ini bertanggungjawab dalam menjalankan kajian rawatan penyakit kanser.

Walau bagaimanapun, ujian klinikal ini dijangka selesai pada awal tahun 2025. Vaxinia mungkin menjadi pintu kepada rawatan virologi dan immunoterapi kepada pesakit kanser.

Sumber: Unilad

Baca juga:








Berkaitan