Pasukan DeepMind mengatakan dunia akan melihat konsep kecerdasan buatan am (AGI) tidak lama lagi. AGI bermaksud sesebuah AI itu dapat melakukan apa-apa tugasan yang boleh dilakukan manusia dan apa yang manusia tidak mampu lakukan.
Erti kata lain, AGI merupakan bentuk kecerdasan buatan yang lebih maju dan tinggi daripada AI biasa. Oleh itu, kita berkemungkinan besar mampu melihat pencapaian manusia dalam menghasilkan AGI dalam beberapa tahun lagi.
Hal ini demikian, DeepMind telah mendedahkan Gato, sebuah sistem AI yang mampu menyempurnakan lebih 600 tugasan. Itu merupakan pencapaian yang hebat bagi sesebuah AI yang sedang dibangunkan buat masa ini.
Gato mampu menangkap gambar, bermain permainan Atari (permainan arked), menyusun blok-blok permainan menggunakan tangan robot, berbual dan pelbagai lagi.
Pasukan DeepMind daripada Google itu tidaklah mendakwa Gato merupakan satu AGI. Tetapi, melalui apa yang mampu dikecapi dan dilakukan Gato menunjukkan Google hanya menunggu masa sahaja sebelum ia mampu membina sebuah AGI yang sempurna.
Sumber: Futurism. thenextweb
Gambar utama: ProConĀ
Baca juga:
Berkaitan
- Nokia Dan Apple Perbaharui Lesen Paten Untuk 5G Dan Teknologi Lain
- HONOR Magic V2 Mungkin Hadir 12 Julai Depan, X50 Akan Lebih Awal
- CES 2023 - PlayStation Lancar Project Leonardo, 'Controller' Untuk Kelainan Upaya
- Meta Dan Apple Bukan Lagi Syarikat Terbaik Untuk Bekerja - Glassdoor
- Google Dilapor Sedang Bangunkan Papan Kekunci Dan 'Stylus' Tablet Pixel
- Rasai Pengalaman Guna Siri iQOO Z7 Sempena Hari Bapa Ini
- Siri AMD Ryzen 7000 Berasaskan Zen4 Rasmi - Prestasi CPU Mencapai 5.5GHz
- Electronic Arts Telah Berpecah Kepada EA SPORTS Dan EA Entertainment
- Saintis Temui Dunia Tersembunyi Di Bawah Ais Antartika
- Ramai Tak Puas Hati, Individu Ini Menang Pertandingan Seni Guna AI