Dalam ciapan daripada VRScout, sebuah syarikat media yang menfokuskan isu-isu VR (realiti maya), Apple mungkin menampilkan teknologi VR pada kereta swapandu mereka.
https://twitter.com/VRScout/status/1526668662869872640?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1526668662869872640%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.tomsguide.com%2Fnews%2Fstrangest-apple-rumor-of-the-year-says-apple-car-might-not-have-windows
Oleh itu, kereta Apple ini mungkin tidak disertakan sekali tingkap kerana kehadiran teknologi VR padanya. Apa yang menangkap mata adalah imej konsep kereta Apple itu sendiri yang mempunyai rekaan seakan-akan Apple Magic Mouse.
https://www.youtube.com/watch?v=2eLB1jmiSyg&t=65s
Selain itu, gambar ini mula didedahkan dalam penulisan Let's Go Digital pada 2020. Berita yang menyatakan kereta Apple ini tiada tingkap mungkin kerana Apple mahu memanfaatkan teknologi VR itu sendiri secara penuh.
Kereta Apple yang mungkin akan dilancarkan nanti mempunyai ciri swapandu seperti kereta Tesla. Oleh itu, pengguna boleh memanfaatkan teknologi VR itu untuk melakukan panggilan video ketika dalam perjalanan, menonton filem atau bermain permainan video.
Walau bagaimanapun, apa yang pasti adalah Apple tidak akan melancarkan kereta mereka ini dalam masa terdekat kerana cara mereka yang selalu menunggu satu-satu teknologi itu menjadi matang sebelum mengambilnya.
Sumber: Tom's Guide
Baca juga:
Berkaitan
- Nvidia Dikatakan Akan Melancarkan RTX 4090 Dahulu, Bermula Ogos Ini
- Samsung Lancar TV Baru - Saiz Lebih 100 Inci, Berat Hampir 100 KG
- Siri Redmi Note 12 Akan Dilancarkan Pada 23 Mac
- U Mobile Lancar Pakej Perpaduan: RM30, 30GB, 3Mbps
- Intel Mungkin Lancar Cip Gen Ke-13 Dengan Kelajuan CPU 6GHz
- 4 Produk Baharu Dari Apple Yang Mungkin Dilancarkan Oktober Ini
- OPPO Find N2 Flip Bakal Dilancarkan 15 Februari Ini Di London
- EA Sahkan The Sims 5 Boleh Dimainkan Secara Percuma
- Mungkin Dilancarkan Tidak Lama Lagi, Spesifikasi POCO F5 Pro Didakwa Didedahkan
- Jualan Merudum, Apple Dilapor Kurangkan Penghasilan M2