Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Uber Bayar Wang Kepada Pengodam Untuk Padam Data Yang Dicuri

Uber Bayar Wang Kepada Pengodam Untuk Padam Data Yang Dicuri

Diterbitkan November 22, 2017 · Dikemas kini Disember 3, 2017 oleh Helmi Samsuri

Dilaporkan, sejumlah besar data peribadi pemandu dan penumpang Uber telah berjaya digodam pada 2016 yang lepas.

Namun perkara itu tidak diketahui ramai oleh kerana syarikat itu membayar wang sebanyak $100,000 kepada pengodam dengan harapan ia dipadam dan tidak menghebahkannya kepada umum.

Minggu ini, Ketua Pegawai Keselamatan, Joe Sullivan dan seorang lagi pegawai dikhabarkan telah dipecat syarikat berkenaan kerana berperanan menyembunyikan kejadian tersebut. Data-data yang dicuri itu dipercayai mengandungi lebih dari 50 juta pemandu dan penumpang seluruh dunia yang antaranya adalah, nama, emel, alamat dan nombor telefon.

CEO baru Uber, Dara Khosrowshahi memberitahu Bloomberg menerusi emel yang beliau “tidak akan memberi sebarang alasan” serta percaya kejadian ini “tidak sepatutnya berlaku”.

Laporan mendapati kebocoran itu berjaya dilakukan apabila pengodam berjaya mendapat kelayakan pendaftaran untuk akaun Perkhidmatan Web Uber Amazon yang menggunakan laman GitHub dikendalikan oleh jurutera Uber.

Uber telah mengeluarkan kenyataan yang menyebut “Tiada bukti penipuan atau salah guna yang terikat dengan kejadian itu.” Syarikat itu turut menyatakan mereka bersedia memberikan pemantauan perlindungan kredit secara percuma dan perlindungan kecurian identiti.

Sumber: Uber, Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY