Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U MOBILE, SUPPORTED BY EDOTCO, UNLOCKS DIGITISATION OPPORTUNITIES AT MAJOR TRANSPORT HUBS.jpg

ULTRA5G U Mobile Kini Di 6 Hab Pengangkutan Utama, Tawar 100GB Data Percuma Untuk Pelancong

Diterbitkan Februari 12, 2026 · Dikemas kini Februari 12, 2026 oleh Amalina Athman

U Mobile, dengan sokongan infrastruktur EDOTCO, kini memperluaskan liputan rangkaian 5G dalam bangunan (IBC) di enam hab pengangkutan utama negara.

Berbeza dengan liputan berasaskan ‘hotspot’ yang biasanya terhad di lokasi tertentu, penyelesaian 5G dalam bangunan ini membolehkan pengguna menikmati sambungan 5G yang lebih stabil dan menyeluruh. Liputan tersedia di setiap tingkat serta di semua fasiliti di keenam-enam terminal berkenaan.

Liputan ULTRA5G kini tersedia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA), Penang Sentral serta Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Dalam fasa seterusnya, U Mobile merancang untuk memperluaskan liputan 5G dalam bangunan ke hab pengangkutan tambahan, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, KL Sentral dan JB Sentral.

ULTRA Tourist Plan

Seiring dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, U Mobile turut memperkenalkan ULTRA Tourist Plan yang menawarkan 100GB data ultra pantas secara percuma selama 24 jam kepada pelancong antarabangsa.

Untuk mengaktifkan pelan ini, pelancong hanya perlu mengimbas kod QR yang dipaparkan di balai ketibaan dan balai berlepas di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2, KKIA dan LIA, serta mendaftar menggunakan maklumat pasport.

Tawaran ini terbuka kepada pelanggan baharu bukan warganegara Malaysia yang memiliki peranti dengan sokongan eSIM, dan sah dari 12 Februari hingga 31 Disember 2026.

Berkaitan

  • Rangkaian 5G Kedua U Mobile Cecah 58.2%, 2976 Tapak Dinaik Taraf
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Lebih Meluas Di 4 Daerah Di Sabah
  • Maxis Bekerjasama Dengan U Mobile Bangunkan Infrastruktur Mudah Alih Sepanjang Jajaran ECRL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY