Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile

U Mobile Dan Unifi Dinobat Catat Peningkatan Terbaik Pengalaman Muat Naik/Turun Tahun Ke Tahun

Diterbitkan Mac 6, 2024 · Dikemas kini Mac 7, 2024 oleh ariff bukhari

Opensignal, penyedia global terkemuka bagi cerapan bebas tentang pengalaman rangkaian mudah alih, baru sahaja menerbitkan Laporan Anugerah Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Global ke-5 mereka yang menganalisis perbezaan dalam keseluruhan pengalaman yang dilihat oleh pengguna Opensignal pada pengendali berbeza di seluruh dunia.

Laporan itu juga menyerlahkan pengendali yang mana pengguna Opensignal telah melihat peningkatan terbesar dalam pengalaman mudah alih.

Opensignal menobatkan rangkaian U Mobile sebagai penyedia perkhidmatan yang menunjukkan peningkatan kedua paling ketara tahun ke tahun bagi pengalaman kelajuan muat turun selepas Jio dari India dengan peningkatan sebanyak 259.5%.

Download Speed Experience – Group I – Most Improved YoY

Manakala bagi pengalaman kelajuan muat naik terbaik pula dari tahun ke tahun dinobatkan kepada Unifi yang melihatkan peningkatan sebanyak 114%.

Upload Speed Experience – Group I – Most Improved YoY

Opensignal dalam laporannya juga berkata, keputusan tahun ini menunjukkan peningkatan besar dalam kelajuan muat turun oleh pengguna Malaysia, yang jelas disebabkan oleh pelancaran 5G.

“Semakin banyak masa pengguna mudah alih diluangkan untuk berhubung dengan 5G, semakin banyak pengaruh 5G terhadap pengalaman keseluruhan mereka.” Opensignal.

Berkaitan

  • Cepat Rebut Prabayar CelcomDigi RM54 Sah Untuk Tempoh Setahun
  • iOS 17.4 Kini Tersedia, Ini Yang Baharu
  • Unifi Perkenal Pelan Prabayar UNI5G WOW Baharu, Data 'Tanpa Had' Serendah RM35

Sumber: Global Mobile Network Experience Awards 2024

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY