Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 17.4 Kini Tersedia, Ini Yang Baharu

iOS 17.4 Kini Tersedia, Ini Yang Baharu

Diterbitkan Mac 6, 2024 · Dikemas kini Mac 6, 2024 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengeluarkan iOS 17.4, iaitu kemas kini utama keempat bagi sistem operasi iOS 17.

Berkaitan

  • iOS 17.4 Akan Perkenal Sokongan Stor Aplikasi Alternatif Di Eropah
  • Ura-Ura: Ini Mungkin Senarai iPhone Yang Menyokong iOS 18

Dengan iOS 17.4, ia membawakan sejumlah ciri baharu, termasuk beberapa perubahan besar bagi pengguna iPhone di Eropah.

Perubahan di EU

Bermula iOS 17.4, Apple kini membenarkan pemasangan aplikasi daripada stor aplikasi alternatif atau sideloading bagi iPhone di Kesatuan Eropah (EU), seperti dilaporkan sebelum ini.

Antara perubahan lain termasuk pembayaran alternatif untuk aplikasi App Store, tetapan default pelayar web dan sebagainya.

Ia sebagai langkah untuk mematuhi Akta Pasaran Digital (DMA) dan hanya terhad untuk negara Eropah.

Emoji Baharu

iOS 17.4 menyertakan emoji baharu. Antaranya termasuk emoji cendawan, burung phoenix, limau nipis, rantai terputus serta kepala bergoyang.

iOS 17.4 Kini Tersedia, Ini Yang Baharu

Selain itu, 18 emoji orang dan badan menambahkan pilihan untuk menghadapkannya ke mana-mana arah.

Apple Podcasts

Apple kini menyertakan transkrip untuk Apple Podcasts. Ia tersedia dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis dan Jerman.

iOS 17.4 Kini Tersedia, Ini Yang Baharu
iOS 17.4 Kini Tersedia, Ini Yang Baharu
iOS 17.4 Kini Tersedia, Ini Yang Baharu

Teks episod boleh dibacakan secara penuh, membolehkan carian untuk perkataan atau frasa serta menyokong ciri kebolehcapaian seperti Saiz Teks, Tingkatkan Kontras dan VoiceOver.

Battery Health

iPhone 15 battery health
Kredit: Apple Hub

Battery Health dalam Settings kini menunjukkan kiraan kitaran bateri, tarikh pengeluaran dan penggunaan pertama. Akan tetapi, ciri ini hanya terhad untuk empat model dalam siri iPhone 15 sahaja.

Penambahbaikan dan Pembetulan Pepijat

Kemas kini ini termasuk penambahbaikan dan pembetulan pepijat berikut:

  • Pengecaman Muzik membolehkan pengguna menambahkan lagu yang dikenal pasti ke Apple Music Playlist dan Library, serta aplikasi Apple Music Classical.
  • Siri mempunyai pilihan baharu untuk mengumumkan mesej yang diterima dalam mana-mana bahasa yang disokong.
  • Perlindungan Peranti Dicuri kini menyokong pilihan untuk keselamatan dipertingkatkan di semua lokasi.
  • Membetulkan isu gambar Contact menjadi kosong dalam Find My
  • Membetulkan isu untuk pengguna Dwi SIM berkenaan nombor telefon bertukar daripada utama kepada kedua dan boleh dilihat oleh kumpulan yang mereka telah hantarkan mesej.

Ketersediaan

iOS 17.4 Kini Tersedia, Ini Yang Baharu

Perlu diketahui, sesetengah ciri mungkin tidak tersedia untuk semua negara atau pada semua peranti Apple.

Untuk kemas kini iOS 17.4, pergi ke Settings > General > Software Update > Update Now.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY