Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Uni5G WOW_3

Unifi Perkenal Pelan Prabayar UNI5G WOW Baharu, Data ‘Tanpa Had’ Serendah RM35

Diterbitkan Mac 6, 2024 ยท Dikemas kini Mac 6, 2024 oleh Amalina Athman

Unifi Mobile kini melancarkan pek prabayar 5G baharu, iaitu UNI5G WOW bagi menggantikan pek UNI5G Prepaid sebelum ini.

Berkaitan

  • Unifi Mobile Keluarkan Pakej Bulanan Baharu, RM25 Untuk 30GB Sekali 'Hotspot'
  • Unifi Lancar Pelan Pascabayar Uni5G Baharu Dengan Harga Serendah RM39

Pek permulaan UNI5G WOW tersedia pada harga RM10, sama seperti pelan sebelum ini. Ia termasuk 10GB data, 30 hari tempoh sah kredit serta Pas Larut Malam dengan internet 5G tanpa had.

Uni5G WOW_2

Pelan UNI5G WOW ditawarkan dengan dua pas bulanan berharga RM35 dan RM25, serta satu pas mingguan pada harga RM10.

Uni5G WOW_1

Pas bulanan RM35 menawarkan ‘unlimited data’, tetapi seperti biasa tertakluk kepada FUP yang kini dinaikkan semula kepada 100GB setelah menawarkan FUP yang lebih rendah dengan pelan sebelum ini.

Pas ini juga hadir dengan panggilan tanpa had, 10GB hotspot serta tambahan 50GB hotspot untuk tempoh promosi. Tiada had kelajuan bagi data 5G, tetapi 4G dihadkan kepada 5Mbps.

Uni5G WOW_3

Bagi pas bulanan RM25, ia termasuk 30GB data 4G/5G dengan kelajuan tanpa had. Hotspot dikongsi bersama kuota data dan tiada panggilan percuma yang tersedia.

Pas mingguan berharga RM10 menyediakan 3GB data 4G/5G dan 7GB data 5G. Kelajuan tanpa had untuk 5G dan 3Mbps bagi sambungan 4G. Hotspot tidak tersedia untuk pas mingguan.

Dalam pada itu, pengguna UNI5G Prepaid juga boleh menaik taraf pelan sedia ada kepada UNI5G WOW. Ia boleh dilakukan melalui aplikasi Unifi Mobile, Unifi Portal atau lawati TM Point/Unifi Store terdekat.

Untuk tempoh terhad, pengguna UNI5G Prepaid boleh bertukar kepada pelan UNI5G WOW secara percuma. Bagi mengetahui maklumat lanjut, layari laman web Unifi Mobile.

Sumber: Unifi Mobile (1, 2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY