Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Twitter Tambah Fungsi Baru ‘Continue Thread’

Twitter Tambah Fungsi Baru ‘Continue Thread’

Diterbitkan Februari 20, 2020 oleh Amalina Athman

Twitter hari ini mengumumkan fungsi baru ‘Continue thread’ yang menjadikannya lebih mudah untuk menyambung ciapan terkini dengan yang terdahulu. Anda tidak lagi perlu scroll ke bawah untuk mencari ciapan terdahulu dan membalasnya dengan kemaskini dan sebagainya.

Continue Thread Twitter

Dengan perubahan ini, apabila anda membuat ciapan baru, hanya perlu tarik dari atas ke bawah untuk melihat ciapan terdahulu, kemudian tekan pada “Continue thread” atau simbol tiga titik di sebelahnya untuk mencari ciapan terdahulu yang ingin dibalas atau disambungkan.

Secara dasarnya, ia mungkin merupakan salah satu cara Twitter memudahkan pengguna untuk mencipta bebenang atau Tweetstorm. Terdahulu, Twitter menawarkan sokongan untuk menyambungkan beberapa ciapan dalam masa yang sama.

Fungsi baru ini telah mula dilepaskan dan jika anda masih belum menerima kemaskini ini, ia mungkin akan tersedia untuk semua pengguna pada minggu ini.

https://twitter.com/Twitter/status/1230267622903689225

Sumber: 9to5Mac via Twitter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY