Twitter: Jumlah Tweet Digandakan Kepada 280 Aksara Dan Paparan Nama Kini Mencapai 50 Aksara

Penghujung September yang lepas, Twitter telah dilaporkan menguji penambahan jumlah had aksara pada satu-satu tweet yang dibuat dan kini platform media sosial itu telah mengumumkannya secara rasmi.

Perubahan ini sememangnya dinanti-nanti ramai pengguna Twitter kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah memendekkan ayat serta mengurangkan tweet berantai. Dengan penawaran had aksara sehingga 280 aksara, Twitter berharap ia dapat membantu pengguna mengekspresikan diri mereka dengan lebih baik.

Selain daripada itu, sokongan nama yang lebih panjang juga diperkenalkan yang mana pengguna kini boleh meletakkan nama paparan sehingga 50 aksara.



Paparan nama yang ditingkatkan had aksara adalah nama yang terpapar pada profil dan garis masa sahaja, ia tidak melibatkan nama yang bermula dengan "@" seperti contoh @officialwiser.my.