Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter flock

Twitter Akan Ada ‘Close Friends’ Persis Instagram Yang Dinamakan ‘Flock’

Diterbitkan Januari 25, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam era komunikasi banyak berlaku melalui media sosial ini, keselamatan data dan privasi menjadi antara elemen utama penyedia laman sosial. Sedekad lalu, mungkin semua pengguna mahu orang lain melihat status dan kiriman mereka namun perkara ini sudah menjadi sebaliknya kini.

Twitter Flock

Pembangun mudah alih, Alessandro Paluzzi menjumpai kod dalam aplikasi Twitter yang mengesahkan sebuah ciri dinamakan “Trusted Friends“. Ciri ini sama seperti ciri “Closed Friends” di Instagram yang mana pengguna boleh mengehadkan siapa yang boleh melihat kandungan yang dimuat naik mereka.

Twitter Akan Ada ‘Close Friends’ Persis Instagram Yang Dinamakan ‘Flock’

“Trusted Friends” yang kini dilihat ditukar nama ke “Flock” telah mula diuji Twitter sejak Julai tahun lalu dan setakat ini membenarkan sehingga 150 pengguna ditambah ke dalam senarai “Flock”.

Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh menetapkan twit daripada rakan “Flock” mereka sebagai prioriti di susur masa, sebuah ciri yang tidak ada pada Instagram.

Sumber: Alessandro Paluzzi

Baca juga:

  • SKMM Pinta Twitter Padam Tweet Kritik Kerajaan Untuk Jaga Kepentingan Negara
  • Pengguna Malaysia Hantar 18 Juta ‘Tweet’ Berkaitan Sukan Dalam 2021, #MUFC Nombor Satu
  • Astro Bagi Saluran Percuma Ini Bermula 29 Januari Hingga 6 Februari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY