Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter malaysia 2021

Pengguna Malaysia Hantar 18 Juta ‘Tweet’ Berkaitan Sukan Dalam 2021, #MUFC Nombor Satu

Diterbitkan Januari 19, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Semangat kesukanan rakyat Malaysia mungkin antara elemen yang tidak dapat dipertikai dalam kalangan warganagara kita. Sama ada menyokong pasukan tempatan mahupun antarabangsa, setiap daripada kita pastinya akan menyorak gembira dan berkongsi di laman sosial apabila pasukan kegemaran beroleh kemenangan.

Twitter telah mengeluarkan statistik untuk tahun 2021. Dalam tahun 2021 saja, 3.7 bilion twit berkaitan sukan dihantar dari seluruh dunia, melangkaui rekod tertinggi pada tahun 2020 berjumlah hampir 2.7 bilion dan menyaksikan peningkatan sebanyak 40% dari tahun sebelumnya.

topik twitter 2021-min

Pada tahun 2021 juga, lebih daripada 18 juta twit daripada pengguna Malaysia berkaitan acara sukan telah direkodkan, melangkaui 27.21% atau 14.7 juta twit pada tahun 2020. Daripada 5 topik terhangat, 3 daripadanya adalah berkaitan bola sepak.

akaun twitter 2021-min

Antara sebab pasukan Manchester United mendapat tempat pertama untuk tanda pagar dan tempat kedua untuk  akaun paling banyak ditwit ialah kepulangan Cristiano Ronaldo ke kelab itu. Ini juga secara tidak langsung meletakkan topik “Liga Premier” atau Premier League di tempat kedua.

Tidak ketinggalan, atlet tempatan, Azizul Hasni Awang turut tersenarai di tempat ke-4 untuk akaun paling banyak ditwit, mengatasi Fabrizio Romano, wartawan yang sangat terkenal dalam kalangan peminat bola sepak seluruh dunia.

hashtag twitter 2021-min

Untuk tanda pagar paling banyak ditwit pula, 3 daripadanya berkaitan bola sepak manakala 2 selebihnya ialah Sukan Olimpik Tokyo 2020. Ini membuktikan rakyat Malaysia mempunyai sokongan kuat terhadap sukan bola sepak terutamanya kelab antarabangsa.

Sumber: Siaran Akhbar Twitter

Baca juga:

  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pasang Touch ‘n Go RFID Pada Kereta
  • Pindah Rumah? Ini Cara Tukar Alamat Di MySejahtera
  • Warga Emas Lembah Klang Sudah Boleh Dapatkan Dos Penggalak Secara Walk-In Bermula Hari Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY