Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Pinta Twitter Padam Tweet Kritik Kerajaan Untuk Jaga Kepentingan Negara

SKMM Pinta Twitter Padam Tweet Kritik Kerajaan Untuk Jaga Kepentingan Negara

Diterbitkan Disember 24, 2021 ยท Dikemas kini Disember 24, 2021 oleh Meor Hasyim

Sebelum ini beberapa pengguna di Malaysia melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mencuba untuk memadam kicauan kritik kerajaan Malaysia mengenai pengurusan situasi banjir yang berlaku.

Difahamkan Twitter langsung tidak melayan kesemua permintaan SKMM namun baru-baru ini SKMM tampil membuat kenyataan mereka bertindak sedemikian.

https://twitter.com/FirdausAzil/status/1474063227721961488?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1474063227721961488%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fsoyacincau.com%2F2021%2F12%2F24%2Fmcmc-admits-asking-twitter-to-remove-tweets-criticising-malaysias-flood-situation-protect-national-interest%2F

Menurut SKMM, mereka menghormati pembekal plaftorm seperti Twitter, namun begitu atas menjaga kepentingan negara, SKMM perlu memastikan adanya pematuhan undang-undang yang tersedia dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Disebabkan itulah pihak SKMM bertindak melaporkan kepada Twitter untuk pematuhan undang-undang ini khususnya penggunaan hashtag yang jelik.

Mengikut undang-undang Seksyen 233, mana-mana individu yang menggunakan aplikasi atau perkhidmatan untuk memberi komen, memberi cadangan atau cara komunikasi lain yang mendatangkan unsur lucah, tidak senonoh, mengancam, menyalahgunakan, atau mengganggu individu lain boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000, penjara sehingga 1 tahun, atau kedua-duanya.

Mengenai twit yang dipinta SKMM untuk dipadamkan, kebanyakan daripadanya menggunakan tanda pagar seperti #kerajaanpembunuh dan #kerajaanbangsat.

Pun begitu, ada juga pengguna yang hanya memuat naik kicauan normal seperti gambar satelit Selatan Mentakab. Pun kena minta padam juga!

Merry Christmas ๐ŸŽ„ to you too, MCMC ๐Ÿ™‚ https://t.co/BPwc3bioJw pic.twitter.com/74fxQNrpxR

— SOCIAL CONTACT WUJUD (@ruffleseed) December 24, 2021

Sementara itu, situasi bagaimana SKMM meminta pengguna Twitter untuk memadam mengkritik kerajaan terhadap pengurusan bencana banjir ini secara tidak langsung bermaksud kerajaan hanya mahukan naratif dan persepsi hanya dari diri mereka sahaja.

Sumber: The Star

Baca Juga:

  • Pengguna Twitter Terima E-Mel, SKMM Minta Pihak Twitter Buang Twit Mereka
  • Acer Malaysia Akan Bagi Baik Pulih Produk Yang Terjejas Sebab Banjir
  • Rangkaian Celcom Di 16 Kawasan Banjir Ini Telah Dibaik Pulih

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY