Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Twitch Menjadi Laman Sesawang Terbaru Dihalang Di China

Twitch Menjadi Laman Sesawang Terbaru Dihalang Di China

Diterbitkan September 22, 2018 oleh Haikel Areff

Seperti yang diketahui, China mempunyai polisi berkaitan internet yang menyebabkan beberapa laman sesawang terkemuka, terutamanya dari Amerika dihalang daripada diakses di negara berkenaan.

Selepas laman seperti Google, YouTube dan Facebook, kini laman penstriman permainan video terkenal Twitch turut menjadi mangsa seterusnya. Malah, aplikasi mudah alihnya juga telah dibawa keluar dari Apple App Store China.

Twitch melonjak ke tangga ke-tiga pada senarai muat-turun aplikasi percuma terbanyak di China pada bulan lepas. Ini kerana peminat permainan video tempatan memuat-turun Twitch bagi menonton perlawanan e-Sukan yang berlangsung di Sukan Asia Indonesia baru-baru ini.

Twitch Menjadi Laman Sesawang Terbaru Dihalang Di ChinaKredit : Akurat.co

Untuk pengetahuan semua, kerajaan China mempunyai polisi agak “pelik” apabila mereka akan menyekat akses platform media barat yang sedang melonjak popularitinya. Ia dilakukan atas alasan untuk langkah berjaga-jaga sebelum sebarang kontroversi melanda platform tersebut.

Dengan sekatan ini, Twitch yang berada di bawah naungan Amazon telah menyertai Google, Facebook, Twitter, Youtube dan banyak lagi dalam senarai hitam arena Internet China.

Walaupun nampak agak keterlaluan, mungkin kerajaan China mempunyai alasan tersendiri untuk melakukan perkara ini.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY