Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Image-CES-awards (1)

TV OLED Lutsinar LG Dinobatkan Inovasi Terbaik CES 2026

Diterbitkan November 20, 2025 · Dikemas kini November 20, 2025 oleh ariff bukhari

LG menerusi televisyen lutsinar, LG SIGNATURE OLED T 77 inci telah berjaya memenangi Anugerah Inovasi Terbaik selepas dipamerkan di CES lalu.

Ia merupakan TV pintar 4K pertama di dunia hadir dengan paparan telus dan teknologi pemindahan video serta audio tanpa wayar.

Keunikan utama model ini ialah paparan telus yang boleh bertukar kepada mod biasa melalui tirai hitam boleh tarik. Ia turut dilengkapi Zero Connect Box, membolehkan sambungan tanpa kabel sehingga 30 kaki.

LG SIGNATURE OLED T
LG SIGNATURE OLED T, televisyen pertama di dunia yang benar-benar tanpa wayar dengan paparan telus bersaiz 77 inci beresolusi 4K serta teknologi penghantaran AV tanpa kabel.

Dikuasakan oleh Alpha 11 AI Processor 4K, TV ini menawarkan gambar lebih halus dengan sokongan Dolby Vision®, Dolby Atmos® dan FILMMAKER MODE™.

Selain itu, pengguna boleh menikmati lebih 300 saluran percuma melalui LG Channels serta jaminan kemas kini perisian sehingga 5 tahun melalui program webOS Re:New.

Pra tempah ke atas LG SIGNATURE OLED T ini sudah pun dibuka pada harga USD $59,999.99 (~RM282,000) yang jelas disasarkan kepada segmen premium bagi pengguna yang mahukan gabungan teknologi terkini dan rekaan futuristik.

Beli barisan produk LG terkini dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln2x5d
  • Lazada – https://invl.me/cln2x5k

Berkaitan

  • LG Display Perkenal Panel OLED Generasi Keempat, Kecerahan Sehingga 4000 nits
  • LG Gallery+ Dilancar, Percuma Untuk Pengguna TV LG 2025
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY