Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TV KEDAH 1

TV Kedah Dilancarkan, Saluran Rasmi Kekang Penularan Berita Palsu

Diterbitkan Oktober 2, 2025 · Dikemas kini Oktober 2, 2025 oleh ariff bukhari

Kerajaan Negeri Kedah telah melancarkan TV Kedah, satu inisiatif dan usaha Kerajaan negeri itu dalam memperluas penyebaran maklumat rasmi serta mengekang penularan berita palsu.

Pelancaran TV Kedah telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, di Wisma Darul Aman semalam.

Beliau berkata, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi membuka peluang kepada kerajaan negeri menguasai saluran televisyen sebagai wadah rasmi penyampaian informasi.

tv kedah

Menurut beliau, maklumat yang cepat tersebar sering dianggap benar walaupun tidak tepat, justeru TV Kedah diwujudkan sebagai platform rasmi untuk menyalurkan berita yang sahih dan telus.

Kerajaan negeri itu turut merancang membina struktur LED TV di lokasi tumpuan awam di Alor Setar dan bandar utama lain bagi memudahkan rakyat mengikuti liputan langsung acara kerajaan.

Sanusi menegaskan, TV Kedah akan menjadi sumber maklumat paling tuntas dalam menangkis berita palsu, sekali gus memastikan rakyat Kedah lebih bermaklumat melalui saluran rasmi kerajaan negeri.

TV Kedah boleh diakses menerusi pautan rasmi tv.kedah.gov.my.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Nothing Lancar CMF Headphone Pro Dengan Bateri 100 Jam
  • 2 Pembangun 'Game' Malaysia Finalis gamescom asia x Thailand Game Show

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY