Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tune talk

Tune Talk Lancar SIM Pelancong Tanpa Daftar, Internet Laju Sebaik Sahaja Mendarat

Diterbitkan April 25, 2025 oleh Amsyar Latif

Tune Talk kini memperkenalkan DUM DUM DATA SIM, kad SIM khas buat pelancong yang datang ke Malaysia, tanpa perlu sebarang pendaftaran, pertama seumpamanya di negara ini.

Dengan konsep plug-and-play, pengguna terus boleh mengakses internet laju sebaik sahaja tiba di Malaysia. DUM DUM DATA SIM menawarkan dua pilihan pelan yang mudah dan mesra poket:

  • DUM DUM LITE: RM12 untuk 20GB internet pantas selama 15 hari.
  • DUM DUM PRO: RM20 untuk 40GB internet pantas selama 15 hari.

Screenshot 2025-04-25 at 11.32.12 AM

Kedua-dua pelan turut membenarkan hotspot tanpa caj tambahan.

Kad SIM ini boleh didapati di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA Terminal 1 & 2), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Menurut Tune Talk, DUM DUM DATA SIM direka khas untuk memenuhi keperluan pelancong moden yang mahukan internet pantas, murah, dan mudah digunakan sebaik saja mendarat, tanpa perlu risau tentang pendaftaran rumit atau caj tersembunyi.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • U Mobile Mahu Tamatkan Era Internet Perlahan Dalam Bangunan
  • CelcomDigi Kini Tawarkan Pas Perantauan Haji Sehingga 50 Hari, Berharga RM138
  • CelcomDigi PrivateSIM - Tak Perlu Lagi Risau 'Spam', 'Scam' & Promosi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY