Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kad pengenalan MyKad4_ featured image wiserMY 28082025

Tukar Cip MyKad Rosak Percuma Sehingga 7 Oktober – KDN

Diterbitkan September 22, 2025 · Dikemas kini September 22, 2025 oleh Amalina Athman

Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai pelaksanaan inisiatif BUDI95, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menyediakan kemudahan penukaran cip MyKad yang rosak secara percuma bermula 23 September hingga 7 Oktober 2025.

Sepanjang Januari hingga Ogos 2025, JPN merekodkan sebanyak 294,715 permohonan penggantian MyKad di bawah kategori cip atau kad rosak, dengan purata sekitar 43,000 permohonan setiap bulan.

Dengan tawaran percuma ini, kerajaan dijangka menanggung kos sekitar RM714,660 sepanjang tempoh dua minggu tersebut.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata inisiatif ini penting supaya akses rakyat kepada subsidi tidak terjejas hanya kerana masalah teknikal pada MyKad.

MyKad bukan sahaja dokumen pengenalan diri, tetapi juga kunci kepada pelbagai kemudahan kerajaan termasuk subsidi bersasar BUDI95.

Orang ramai boleh menukar cip MyKad yang rosak di mana-mana kaunter dan pejabat JPN di seluruh negara tanpa dikenakan bayaran sepanjang tempoh ini.

Berkaitan

  • Cara Memohon Gantian MyKad Yang Hilang Atau Rosak Secara Dalam Talian
  • MyKad Baharu Akan Dilengkapi Data Biometrik Imej 10 Cap Jari, Iris Mata
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • RON95 RM1.99 Seliter Mulai 30 September – Guna MyKad, e-Dompet TNG Atau Aplikasi Stesen Minyak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY