Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Cara Memohon Gantian MyKad Yang Hilang Atau Rosak Secara Dalam Talian

Posted on Mac 22, 2021

Pada tahun lalu, disebabkan penularan COVID-19, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menasihati orang ramai agar menggunakan perkhidmatan gantian MyKad secara dalam talian.

Permohonan gantian ini layak dilakukan untuk:

  • Kad pengenalan yang rosak atau cip MyKad tidak dapat dibaca
  • Menaik taraf cip MyKad dari 32K/64K kepada 80K
  • Kehilangan MyKad buat kali pertama

Selain itu, jika anda kehilangan MyKad, disarankan untuk membuat laporan polis terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan MyKad anda disalahguna.

Cara memohon ganti MyKad secara dalam talian

Mula-mula, anda perlu pergi ke pautan ini. Kemudian, perlu mendaftar terlebih dahulu.

Pada bahagian pendaftaran akaun, isikan maklumat berkaitan dan pengaktifan kata laluan akan dihantar ke alamat e-mel yang anda daftarkan.

Setelah membuat pendaftaran, anda boleh terus klik log masuk dengan menggunakan kata laluan.

Pada bahagian ini, klik “mohon di sini”.

Sebelum meneruskan permohonan, anda perlu klik “setuju” pada bahagian akuan penafian.

Seterusnya, lengkapkan maklumat anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, jenis penggantian dan pusat kutipan MyKad.

Sekiranya permohonan gantian MyKad dibenarkan, maklumat permohonan akan dipaparkan. Kemudian, klik “teruskan” bagi membuat pembayaran melalui kad debit atau kad kredit sahaja.

Setiap penggantian MyKad yang dilakukan, anda akan dicaj RM10. Jika kehilangan kad pula, kompaun turut dikenakan sebanyak RM100 bagi kehilangan pertama dan menjadikan jumlah sebanyak RM110.

Untuk kehilangan kali kedua, kompaun adalah sebanyak RM300. Sementara kali ketiga dan seterusnya, kompaun dikenakan sehingga RM1000.

Buat makluman, proses permohonan ini hanya boleh dibuat pada hari Isnin-Jumaat dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang. Sistem ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Setelah selesai pembayaran, status permohonan akan dipaparkan pada bahagian “rekod transaksi”. Jika status “cetak” telah ditunjukkan, anda perlu mencetak resit tersebut untuk tujuan pengutipan MyKad.

Berikut adalah tempoh kutipan MyKad yang telah berjaya dipohon:

  • Selepas 30 minit di ibu pejabat JPN W.P Putrajaya, ibu pejabat negeri dan semua cawangan UTC
  • Selepas tempoh 5 hari waktu bekerja di JPN cawangan semenanjung
  • Selepas tempoh 7 hari waktu bekerja di JPN cawangan Sabah dan Sarawak

Bagi permohonan yang tidak berjaya, wang anda akan dikembalikan semula ke akaun dalam tempoh 10 hari bekerja.  Anda juga akan dimaklumkan sama ada menerusi panggilan telefon atau e-mel.

Dalam pada itu, jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi, anda boleh terus hubungi talian berikut:

  • 03-88807077/7071/7067/7069/8206
  • atau e-mel ke alamat [email protected]

 

 

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress