Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Dilaporkan Cuba ‘Menggoda’ Jurutera TSMC Dengan Gaji Yang Tinggi, Tapi Gagal Atas 2 Faktor

Huawei Dilaporkan Cuba ‘Menggoda’ Jurutera TSMC Dengan Gaji Yang Tinggi, Tapi Gagal Atas 2 Faktor

Diterbitkan November 6, 2024 ยท Dikemas kini November 6, 2024 oleh ariff bukhari

Huawei dilaporkan menyasarkan jurutera semikonduktor dari TSMC (Taiwan Semiconductor Manufacturing Company) untuk cuba menarik mereka bekerja dengan Huawei.

Berdasarkan laporan Phone Arena, agensi pekerjaan Huawei cuba merekrut jurutera dari TSMC dengan menghubungi jurutera TSMC secara purata setiap 3 bulan.

Jurutera akan menerima e-mel tentang bagaimana mereka sangat sesuai untuk peranan yang ingin diisi oleh Huawei dan bagaimana pengalaman mereka sejajar dengan keperluan syarikat.

Tawaran ini selalunya akan melibatkan pakej gaji yang sangat menarik. Laporan itu mendakwa kadangkala gaji yang ditawarkan mencecah sehingga 3 kali ganda daripada gaji semasa yang diterima para jurutera tersebut.

Tetapi menurut laporan, jurutera TSMC tidak menerima tawaran Huawei itu atas 2 faktor:

  • TSMC atasi tawaran Huawei terhadap pekerjanya dengan menawarkan gaji yang lebih lumayan dari yang ditawarkan Huawei;
  • Atas faktor pekerja itu sendiri yang takut menjejaskan prospek pekerjaan mereka pada masa depan

Faktor kedua itu sangat difahami apabila jurutera di TSMC bimbang tidak akan dapat mencari pekerjaan pada masa hadapan jika mereka bekerja dengan syarikat yang dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara AS.

Malah jika Huawei memutuskan untuk tidak memerlukan mereka lagi, mereka bimbang akan menganggur kerana syarikat yang bersekutu dengan AS seperti TSMC mungkin tidak lagi akan mengambil mereka bekerja.

Komplikasi ini menyebabkan Huawei terpaksa menggunakan cara lain untuk memperoleh cip moden.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa AS mempersoalkan bagaimana cip yang dibuat oleh TSMC boleh berada di dalam peranti Huawei.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • AS Mahu Jawapan Bagaimana Cip TSMC Berada Dalam Peranti Huawei
  • Naik Lagi, Harga Langganan Microsoft 365 Pelan Keluarga Kini RM54/bulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY