Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Dilapor Masih Guna Cip TSMC Walaupun Disekat AS

Huawei Dilapor Masih Guna Cip TSMC Walaupun Disekat AS

Diterbitkan Oktober 23, 2024 oleh Rushsyafizal

Sebuah laporan dari firma penyelidikan Kanada, TechInsights, mendedahkan bahawa Huawei dilihat masih menggunakan cip buatan Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC), walaupun berada di bawah sekatan ketat dari Amerika Syarikat. Penemuan ini timbul selepas TechInsights mengkaji salah satu pemecut AI Huawei dan menemuiĀ  yang dihasilkan oleh TSMC.

Walaupun Huawei dinafikan akses cip Ascend 910Bada cip buatan syarikat luar negara sejak sekatan AS diperketatkan, penemuan ini menunjukkan bahawa Huawei masih menggunakan cip TSMC dalam produk mereka. TSMC menafikan sebarang hubungan dengan Huawei sejak September 2020 dan menyatakan tidak menghasilkan cip untuk Huawei kerana mematuhi sekatan AS.

Selepas dimaklumkan oleh TechInsights, TSMC segera memberitahu Jabatan Perdagangan AS mengenai penemuan ini. Malah, TSMC turut menyiasat pelanggan yang dipercayai terlibat dalam pesanan cip serupa dengan Huawei’s Ascend 910B. Jabatan Perdagangan AS telah mengenakan sekatan tambahan ke atas Huawei, melarang syarikat itu daripada mendapatkan cip yang dihasilkan oleh syarikat luar negara termasuk TSMC.

Huawei menafikan dakwaan bahawa mereka pernah melancarkan cip Ascend 910B, tetapi ini bukan kali pertama syarikat itu dikaitkan dengan percubaan untuk mengelak sekatan AS. Pada Mei lalu, Bloomberg mendedahkan bahawa Huawei menyalurkan dana rahsia ke beberapa universiti di AS melalui yayasan penyelidikan saintifik Optica.

Laporan ini menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan sekatan AS dan bagaimana Huawei terus bergerak dalam situasi yang terhad, mencetuskan perhatian lebih lanjut terhadap hubungan teknologi global.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Samsung Dilapor Sedang Bangunkan Telefon Tri-Lipat
  • Senarai Telefon Yang Akan Dilengkapi Snapdragon 8 Elite
  • Qualcomm Dan Google Bekerjasama Untuk Bawa Gen AI Dalam Kereta
  • Insta360 Ace Pro 2 Kamera Aksi Dengan Lensa Leica, Harga Dari RM1,899

Sumber:Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY