Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Trump Mobile T1_

Trump Mobile Perkenal ‘T1 Phone’ Berwarna Keemasan – Didakwa Buatan AS

Diterbitkan Jun 17, 2025 · Dikemas kini Jun 17, 2025 oleh Amalina Athman

Trump Organization, yang dikendalikan oleh anak-anak kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, kini mengumumkan perkhidmatan rangkaian mudah alih bersama sebuah telefon pintar “T1 Phone”.

Dinamakan “The 47 Plan”, pelan ini akan ditawarkan pada harga langganan $47.45 sebulan, merujuk kepada Trump yang kini menjawat jawatan sebagai Presiden ke-47 AS dan pernah berkhidmat sebagai Presiden ke-45.

Trump Mobile_1

Ia merangkumi panggilan, mesej dan data tanpa had, perlindungan penuh peranti, bantuan tepi jalan 24/7 menerusi Drive America serta perkhidmatan telekesihatan. Pelan ini juga menawarkan panggilan antarabangsa percuma ke lebih 100 negara, tanpa sebarang kontrak atau semakan kredit.

T1 Phone

Trump Mobile turut memperkenalkan T1 Phone, telefon pintar eksklusif berwarna emas dan dijual pada harga $499 (~RM2,117). Peranti yang dikatakan “Buatan Amerika Syarikat” kini sudah tersedia untuk prapesan, dengan jangkaan mula berada di pasaran sekitar Ogos atau September 2025.

Trump Mobile T1_1
T1 Phone hadir dengan skrin 6.78-inci AMOLED bersama kadar segar semula 120Hz. Ia dilengkapi kamera utama 50MP, 2MP makro dan 2MP depth serta kamera swafoto 16MP. Bateri berkapasiti 5,000mAh menyokong pengecasan berwayar PD 20W.

Peranti ini juga mengekalkan bicu audio 3.5mm, sensor cap jari, 12GB RAM, 256GB storan serta menjalankan sistem operasi Android 15.

Isu ‘Buatan Amerika Syarikat’

Walaupun dipromosikan sebagai telefon buatan tempatan dan menampilkan bendera AS di bahagian belakang, terdapat keraguan terhadap status sebenar pengeluarannya.

Trump Mobile Perkenal ‘T1 Phone’ Berwarna Keemasan – Didakwa Buatan AS

Memetik Reuters, hampir semua telefon pintar yang dibeli di AS sebenarnya dihasilkan di luar negara, terutamanya di China, Korea Selatan, dan semakin meningkat di India serta Vietnam.

Pada masa ini, hanya satu syarikat AS yang mengeluarkan telefon pintar secara domestik, iaitu Purism yang berpusat di California, yang menghasilkan telefon Liberty pada harga $1,999. Selain rangka luar (chassis) yang diambil dari China, semua komponen lain dibuat dan dipasang di Amerika, termasuk sistem operasi yang dibangunkan sendiri.

“Jika Trump Phone menjanjikan harga $499 dengan pengeluaran tempatan, pengumuman ini kelihatan seperti ‘classic vaporware’,” kata CEO Purism, Todd Weaver, merujuk kepada kemungkinan besar bahawa telefon yang benar-benar dikeluarkan di AS tidak mungkin dijual pada harga tersebut.

Buat masa ini, masih belum jelas syarikat yang bertanggungjawab terhadap reka bentuk dan pengeluaran T1 Phone. Namun begitu, penganalisis Max Weinbach mendakwa bahawa telefon ini berkemungkinan besar dihasilkan oleh Wingtech.

And the answer is… Wingtech REVVL 7 Pro 5G!

Same device as the T-Mobile REVVL 7 Pro 5G, custom body. Wingtech, now owned by Luxshare, makes it in Jiaxing, Wuxi, or Kunming China https://t.co/KFS3WtMF5O

— Max Weinbach (@MaxWinebach) June 16, 2025

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Trump Minta Apple Henti Rancangan Bina Kilang Di India
  • Trump Ugut Kenakan Tarif 25% Ke Atas iPhone, Samsung Dan Telefon Import Lain
  • Masih Tiada Kata Putus, Trump Dijangka Lanjutkan Tarikh Akhir TikTok Kali Ketiga

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY