Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Company_2

Trump Minta Apple Henti Rancangan Bina Kilang Di India

Diterbitkan Mei 15, 2025 · Dikemas kini Mei 15, 2025 oleh Amalina Athman

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, berkata beliau telah meminta CEO Apple Tim Cook supaya menghentikan rancangan pembinaan kilang di India untuk menghasilkan peranti bagi pasaran AS.

Sebaliknya, Trump mahu Apple fokus pada pengeluaran dalam negara, terutamanya ketika syarikat itu mula mengurangkan kebergantungan terhadap China.

“Saya ada sedikit masalah dengan Tim Cook semalam. Dia sedang bina kilang merata-rata di India. Saya tak nak dia bina di India,” kata Trump semasa lawatan negaranya ke Qatar, menurut laporan Bloomberg.

Mereka (India) tawarkan satu perjanjian di mana pada dasarnya mereka setuju untuk kenakan tarif hampir sifar kepada kami. Saya cakap pada Tim, “Kami layan kamu dengan baik, kami bertolak ansur selama bertahun-tahun dengan semua kilang yang kamu bina di China. Tapi kami tak berminat untuk kamu bina di India. India boleh uruskan diri mereka sendiri.”

Hasil daripada perbincangan itu, Trump berkata Apple akan meningkatkan pengeluaran mereka di Amerika Syarikat.

Kenyataan Trump dilihat boleh mengganggu perancangan Apple untuk mengimport sebahagian besar iPhone yang dijual di AS dari India menjelang akhir tahun hadapan — satu langkah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap China demi mengurangkan risiko berkaitan tarif dan ketegangan geopolitik.

Namun, kenyataan itu juga menunjukkan bahawa beliau tidak membantah jika Apple mengeluarkan produk di India untuk pasaran tempatan. “Kamu boleh bina di India kalau mahu, untuk uruskan pasaran India,” katanya.

Taktik biasa Trump

Pengarah penyelidikan di Counterpoint, Tarun Pathak mendakwa, ini merupakan taktik biasa Trump — beliau mahu Apple lebih memfokuskan pengeluaran di dalam negara dan membina rantaian bekalan di AS, tetapi itu tidak akan berlaku dalam sekelip mata.

Menurutnya, menghasilkan produk di AS juga jauh lebih mahal berbanding memasang iPhone di India.

Ketika ini, Apple menghasilkan kebanyakan iPhone di China dan tidak mempunyai sebarang pengeluaran telefon pintar di AS, walaupun syarikat itu sebelum ini berjanji akan menambah peluang pekerjaan di AS serta melabur sebanyak $500 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • iPhone Akan Datang Mungkin Dibuat Di India, Bukan China
  • Apple Dilapor Bakal Ubah Tradisi Pelancaran iPhone
  • "Anda Mungkin Tak Perlukan iPhone Dalam 10 Tahun Lagi" - Eksekutif Apple

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY