Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
lip-bu tan reuters_

Trump Desak CEO Intel Letak Jawatan Serta-Merta

Diterbitkan Ogos 8, 2025 · Dikemas kini Ogos 8, 2025 oleh Amalina Athman

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menggesa CEO Intel Lip-Bu Tan supaya meletak jawatan serta-merta susulan laporan yang mengaitkannya dengan beberapa syarikat teknologi dari China.

trump intel_

Gesaan itu hadir berikutan tindakan Senator Arkansas Tom Cotton yang mempersoalkan kepada pengerusi lembaga pengarah Intel sama ada hubungan Tan dengan firma dari China boleh menimbulkan konflik dengan peraturan keselamatan sedia ada.

Lip-Bu Tan dilantik sebagai CEO Intel pada Mac lalu bagi memulihkan semula prestasi syarikat pengeluar cip itu, yang sedang bergelut untuk bersaing dalam pasaran.

Pelantikan beliau dibuat selepas Intel menggugurkan Pat Gelsinger, yang ketika itu sedang memimpin pelan pemulihan empat tahun syarikat, tetapi hanya sempat berkhidmat selama tiga tahun setengah.

Di bawah kepimpinan Gelsinger, Intel terus ketinggalan di belakang pesaingnya, TSMC. Syarikat dari Taiwan itu berjaya mendahului dalam pembangunan cip generasi baharu dan teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi penggunaan litografi EUV, teknologi yang sebelum ini turut dibangunkan oleh Intel sendiri.

Bulan lalu, Intel mengumumkan langkah penstrukturan semula yang melibatkan pemberhentian 24,000 pekerja tahun ini, selain membatalkan beberapa projek yang dirancang di Jerman dan Poland.

Pada April, Reuters melaporkan bahawa Tan sebelum ini pernah melabur dalam lebih 600 syarikat teknologi di China, termasuk beberapa yang didakwa mempunyai kaitan dengan ketenteraan negara itu. Namun, ketika laporan itu diterbitkan, Tan dilaporkan telah menarik balik pelaburannya dalam sejumlah syarikat China

Berkaitan

  • Anak Kelahiran Malaysia Ini Kini CEO Intel Yang Baharu
  • Intel, TSMC Dilapor Capai Perjanjian Awal Untuk Pembuatan Cip
  • Intel Dilapor Akan Kurangkan Lebih 20% Tenaga Kerja
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei

Sumber: The Verge
Gambar utama: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY