Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Umum Langkah Balas Terhadap AS, Kenakan Tarif Tambahan 34%

Trump Dakwa Sudah Ada Pembeli Yang ‘Sangat Kaya’ Untuk Membeli TikTok

Diterbitkan Jun 30, 2025 oleh ariff bukhari

Donald Trump mengumumkan bahawa beliau sudah menemui sekumpulan pembeli yang “sangat kaya” tuntuk membeli TikTok.

Dalam wawancara di Fox News, Trump berkata beliau akan mendedahkan identiti pembeli itu dalam tempoh dua minggu ini.

Namun begitu, Trump turut menyebut bahawa kelulusan daripada kerajaan China mungkin diperlukan di mana beliau percaya Presiden Xi Jinping akan meluluskannya.

Larangan terhadap TikTok telah ditangguhkan beberapa kali oleh Trump, walaupun undang-undang persekutuan mewajibkan penjualan atau larangan platform tersebut atas alasan keselamatan negara.

Trump mengakui bahawa TikTok memainkan peranan penting dalam kempen pilihan raya beliau, terutama dalam menarik pengundi muda.

TikTok dimiliki oleh syarikat China, ByteDance, dan telah menjadi simbol persaingan teknologi antara AS dan China.

ByteDance mengesahkan masih berbincang dengan kerajaan AS dan sebarang perjanjian tertakluk kepada undang-undang China.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Google Umum Hentikan Sokongan Chrome Untuk Versi Android Terdahulu
  • Jerman Mahu Apple Dan Google Buang Aplikasi AI China Dari Stor Aplikasi

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY