Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Buat Pusingan U, Tak Jadi Buang ‘Cookies’ Pihak Ketiga Dalam Chrome

Google Umum Hentikan Sokongan Chrome Untuk Versi Android Terdahulu

Diterbitkan Jun 30, 2025 oleh ariff bukhari

Google telah mengumumkan bahawa aplikasi pelayar Chrome tidak lagi akan menyokong telefon pintar Android versi terdahulu bermula Ogos 2025.

Google dalam satu kenyataan berkata,

“Chrome 138 ialah versi terakhir Chrome yang akan menyokong Android 8.0 (Oreo) dan Android 9.0 (Pie). Chrome 139 (dijadualkan sementara untuk dikeluarkan pada 5 Ogos 2025) ialah versi pertama Chrome yang memerlukan Android 10.0 atau lebih baharu. Anda perlu memastikan peranti anda menjalankan Android 10.0 atau lebih baharu untuk terus menerima keluaran Chrome pada masa hadapan.”

Jadi, untuk membolehkan anda menggunakan versi terbaru pelayar Chrome (versi 139 dan ke atas), telefon pintar anda mestilah menjalankan sistem operasi versi Android 10 atau lebih baharu.

Jika peranti anda itu masih menjalankan versi Android 8 (Oreo) atau Android 9 (Pie), pelayar Chrome  masih boleh digunakan, tapi ia tidak akan menerima kemas kini keselamatan atau ciri baharu lagi.

Ini akan menyebabkan aplikasi pelayar tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik dan terdedah kepada serangan siber.

Jadi pastikan telefon pintar Android anda dikemas kini dengan versi Android terkini.

Bagi mereka yang masih setia dengan telefon lama, mungkin sudah tiba masanya untuk anda memiliki model peranti yang lebih baru.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Xiaomi Mix Flip 2 Rasmi - Snapdragon 8 Elite, Bateri Lebih Besar
  • Apple Diramal Revolusikan iPhone Dengan Skrin Penuh Menjelang 2030

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY