Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tren KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang – KL Sentral Akan Tersedia Setiap 30 Minit Waktu Puncak

Tren KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang – KL Sentral Akan Tersedia Setiap 30 Minit Waktu Puncak

Diterbitkan Januari 13, 2025 · Dikemas kini Januari 13, 2025 oleh ariff bukhari

Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook, mengumumkan perubahan jadual KTM Komuter bagi Laluan Pelabuhan Klang – KL Sentral.

Perubahan jadual itu yang akan bermula pada 20 Januari 2025 akan menawarkan tren beroperasi setiap 30 minit pada waktu puncak pagi dan petang.

Pengenalan jadual baharu ini, yang menggabungkan perkhidmatan tren dan bas perantara, menawarkan fleksibiliti dan meminimumkan gangguan terhadap perjalanan harian.

Perkhidmatan bas dengan kekerapan sama akan menggantikan tren pada waktu lain. Perkhidmatan bas bermula lebih awal iaitu pada 17 Januari 2025 untuk membantu pengguna menyesuaikan diri.

Langkah ini memastikan perjalanan lebih lancar dan fleksibel sambil meminimumkan gangguan, dengan keutamaan pada kecekapan dan keselamatan pengguna.

Perubahan ini merupakan sebahagian daripada usaha KTMB untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan sambil memenuhi keperluan pelaksanaan Projek KVDT2.

Berkaitan

  • KTMB Beralih Ke Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Sepenuhnya Mulai 1 Januari 2025
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Pengguna KTM Komuter Utara Boleh Nikmati Diskaun 10% Dengan Kad MyDebit

Sumber: KTMB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY