Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Buy Now Pay Later_featured image

Transaksi ‘Buy Now Pay Later’ Naik Ketara, Majoriti Golongan Ini Yang Guna

Diterbitkan Mac 11, 2025 · Dikemas kini Mac 11, 2025 oleh Amalina Athman

Jumlah transaksi skim Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) meningkat ketara kepada RM7.1 bilion pada separuh kedua 2024, berbanding RM4.9 bilion pada separuh pertama tahun tersebut.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata setakat Disember 2024, sebanyak 5.1 juta pengguna BNPL yang aktif, majoritinya golongan berusia 21–45 tahun dengan pendapatan kurang RM5,000 sebulan.

Pada masa ini, terdapat 12 syarikat yang menawarkan perkhidmatan BNPL di Malaysia.

Beliau berkata kadar penggunaan BNPL di Malaysia yang kian meningkat juga menimbulkan kebimbangan terhadap tahap keberhutangan isi rumah biarpun peningkatan transaksinya masih terkawal.

Setakat Disember 2024, pinjaman BNPL berjumlah RM2.8 bilion yang hanya merangkumi 0.2% daripada keseluruhan keberhutangan isi rumah di negara ini. Kadar jumlah BNPL yang tertunggak juga terkawal pada RM82.6 juta iaitu 2.9% daripada jumlah keseluruhan nilai kredit BNPL.

Dalam pada itu, Amir Hamzah menegaskan Kementerian Kewangan telah membuat bacaan kali pertama Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna di Dewan Rakyat pada 4 Mac, 2024, yang menjadi antara usaha kerajaan meningkatkan perlindungan ke atas pengguna kredit di Malaysia.

Beliau menjelaskan RUU Kredit Pengguna itu menyediakan rangka kerja pengawalseliaan yang menyeluruh dan bersepadu ke atas industri pemberi kredit bukan bank.

Di bawah Akta Kredit Pengguna kelak, penyedia BNPL mesti mematuhi piawaian etika dan standard pelakuan seperti ditetapkan, termasuk ketelusan dalam yuran dan caj, terma kredit secara adil dan memberi peringatan kerap kepada peminjam mengenai pembayaran yang perlu diselesaikan.

Menurutnya, jika RUU itu diluluskan kelak, ia akan ditadbir oleh satu badan berkuasa baharu iaitu Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) di bawah Kementerian Kewangan.

Berkaitan

  • Mufti WP Perjelas Hukum 'Buy Now Pay Later'
  • Skim Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) Dilaporkan Jerat Pengguna Di Malaysia Dengan Hutang
  • Buy Now Pay Later Ibarat Hutang Buku '555' - Penganalisis
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY