Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Buy Now Pay Later_featured image

Buy Now Pay Later Ibarat Hutang Buku ‘555’ – Penganalisis

Diterbitkan November 11, 2024 · Dikemas kini November 11, 2024 oleh Amalina Athman

Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang, menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima atau ‘555’.

Bercakap kepada Astro AWANI, Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA) Datuk Madeline Berma berkata ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.

Saya membesar dengan buku tiga lima, zaman dulu konsep berhutang boleh dikatakan satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk, menayangkan barang kita.

Tidak pukul rata kerana menyedari konsep BNPL memberi ruang kepada pengguna untuk berbelanja, namun Madeline berkata cara pelaksanaannya yang longgar ada kalanya memberikan lebih banyak kesan negatif.

Bukan perkara baharu, beberapa laporan sebelum ini turut membangkitkan isu mengenai BNPL, yang dikatakan boleh menjerat pengguna dengan hutang dan dikhuatiri mempengaruhi pengguna berbelanja melebihi kemampuan.

Berbalik kepada konteks, Presiden Persatuan Pengguna Kedah Mohd Yusrizal Yusof pula berkata, corak ekonomi seperti ini seharusnya dikawal oleh kerajaan kerana ia boleh merosakkan data kuasa pengguna yang sebenar.

Jadi kita tengok barangan yang saban tahun naik harganya adalah barang yang mempunyai permintaan tinggi. Pelaksanaan BNPL atau bayaran secara ansuran ini ada kalanya pengguna sendiri tidak pun mampu beli. Maka akan berlaku permintaan tinggi dan berlakulah lonjakan harga.

Dengan Akta Kredit Pengguna (CCA) yang akan dibentangkan pada persidangan Parlimen kelak, ia diharap dapat menangani pertindihan tanggungjawab antara pihak berkuasa pengawalseliaan serta mengurangkan jurang dalam pengawasan penyedia kredit pengguna.

Terdahulu, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan apabila CCA diluluskan kelak, penyedia kredit bukan bank seperti penyedia BNPL akan dikehendaki mematuhi piawaian berhemat dan kelakuan yang berkaitan.

Sumber: AWANI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • BNM Khuatir 'Buy Now Pay Later' Pengaruhi Pengguna Berbelanja Melebihi Kemampuan
  • Skim Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) Dilaporkan Jerat Pengguna Di Malaysia Dengan Hutang
  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY