Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BNPL

Skim Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) Dilaporkan Jerat Pengguna Di Malaysia Dengan Hutang

Diterbitkan Mei 13, 2024 · Dikemas kini Mei 13, 2024 oleh ariff bukhari

Skim Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) bukanlah asing dengan pengguna di Malaysia. BNPL menawarkan pembelian ke atas barangan atau perkhidmatan dengan kelulusan serta-merta yang membolehkan hampir sesiapa sahaja menikmati kemudahan ini dengan mudah.

Secara asasnya, tujuan BNPL adalah untuk memberikan pinjaman kepada pengguna untuk membayar barangan dan perkhidmatan di mana bayaran itu telah dibuat oleh penyedia BNPL kepada peniaga pada harga jualan diskaun yang dipersetujui untuk BNPL yang dikendalikan sepenuhnya melalui platform digital.

Ia tidak terhad digunakan oleh peniaga tertentu atau melalui platform tertentu.

Pada mulanya, BNPL hanya untuk pembelian dalam talian sahaja. Namun, BNPL kini juga tersedia di kedai fizikal, lazimnya bagi produk fesyen, elektronik dan gaya hidup.

Skim Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) Dilaporkan Jerat Pengguna Di Malaysia Dengan Hutang

Walau bagaimanpun, menurut laporan Channel News Asia (CNA) baru-baru ini mendedahkan, berdasarkan laporan Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB) sehingga akhir September tahun lepas, bayaran tertunggak untuk perkhidmatan BNPL ialah empat peratus, dengan 1.3 peratus kehilangan pembayaran selama lebih tiga bulan.

Baki yang tidak dibayar untuk urus niaga BNPL berjumlah RM0.9 bilion. Sebagai perbandingan, hutang kad kredit di Malaysia adalah berjumlah RM40.3 bilion, berdasarkan data di laman sesawang CCOB menurut laporan CNA.

Menurut laporan CNA memetik data dari CCOB, penggunaan perkhidmatan BNPL di Malaysia mencatat pertumbuhan dua angka merentas suku pada 2023.

Dari Januari hingga September tahun lepas sahaja, secara keseluruhannya terdapat kira-kira 52 juta transaksi bernilai RM4.3 bilion direkodkan.

Jumlah urus niaga ini meningkat pada purata 21 peratus setiap suku tahun, dengan pertumbuhan 16 peratus dalam nilai setiap suku tahun.

Kebanyakan nilai transaksi yang direkodkan untuk BNPL adalah antara RM40 hingga RM500, atau purata RM84.

Menurut CNA, tarikan BNPL yang dapat membuat pembelian dengan cepat tanpa keupayaan kewangan telah menyebabkan sejumlah pengguna di Malaysia terjebak dalam perangkap hutang, dengan seorang pakar celik kewangan memberitahu CNA bahawa dia melihat lebih ramai pengguna terperangkap dalam pembayaran BNPL mereka.

Pakar celik kewangan, Faiz Azmi memberitahu CNA bahawa penggunaan perkhidmatan BNPL “adalah idea yang agak buruk”, menyamakannya dengan memberi pinjaman kepada orang yang tidak layak menerimanya.

“Ia membolehkan orang ramai yang tidak mampu untuk mempercayai bahawa mereka mampu berbuat demikian,” kata Faiz Azmi sambil menambah bahawa banyak syarikat menggunakan platform BNPL untuk mempromosikan barangan mereka.

Faiz Azmi menyatakan bahawa kad kredit, pinjaman peribadi dan pinjaman pembelian yang lebih tinggi adalah di bawah bidang kuasa BNM. Tetapi syarikat BNPL tidak perlu melaporkan kepada mana-mana pihak berkuasa kawal selia dan tidak akan menjadi sebahagian daripada sistem pemantauan hutang semasa.

Secara anekdot, Faiz Azmi berkata bahawa beliau telah melihat peningkatan dalam bilangan orang yang memberitahunya bahawa mereka terperangkap dengan pembayaran BNPL mereka.

Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB) menjangkakan perundangan – Akta Kredit Pengguna – akan dibentangkan di parlimen pada separuh kedua tahun ini.

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, sebaik sahaja Akta Kredit Pengguna digubal, penyedia kredit bukan bank seperti penyedia BNPL akan dikehendaki mematuhi piawaian berhemat dan kelakuan yang berkaitan.

Pasukan petugas CCOB memberitahu CNA bahawa objektif utama Akta Kredit Pengguna adalah untuk melindungi kepentingan pengguna kredit dengan mengawal selia perniagaan kredit dan perniagaan perkhidmatan kredit, memastikan kelakuan yang betul dan amalan pemberian pinjaman yang bertanggungjawab dalam industri kredit; serta menggalakkan industri kredit yang adil, cekap dan telus.

“Transformasi landskap kawal selia kredit pengguna akan diselesaikan secara berperingkat. Untuk fasa pertama pelaksanaan Akta Kredit Pengguna, CCOB akan mengawasi penyedia kredit dan penyedia perkhidmatan kredit yang tidak dikawal oleh mana-mana pihak berkuasa.

“Ini termasuk skim ‘beli sekarang, bayar kemudian’, syarikat pemfaktoran dan pemajakan, pembeli pinjaman terjejas, agensi kutipan hutang dan agensi pengurusan hutang,” katanya dalam satu kenyataan kepada CNA.

Pakar celik kewangan memuji langkah pihak berkuasa kerana mereka mengatakan bahawa kemudahan relatif perkhidmatan BNPL memberikan orang ramai rasa palsu tentang kuasa beli dan direka untuk membuat mereka berbelanja lebih dalam jangka panjang.

Tiga penyedia utama perkhidmatan BNPL di Malaysia tahun lepas ialah Shopee, Grab dan Atome. Menurut CCOB, ketiga-tiga penyedia ini membentuk 97 peratus daripada semua urus niaga BNPL.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Channel News Asia, CCOB, Akta Kredit Pengguna

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY