Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Trak Ini Pertama Di Dunia Dikuasakan Oleh Amonia, Miliki Sama Tenaga Dengan Trak Semi Tesla

Trak Ini Pertama Di Dunia Dikuasakan Oleh Amonia, Miliki Sama Tenaga Dengan Trak Semi Tesla

Diterbitkan Januari 18, 2023 oleh ariff bukhari

Sebuah syarikat yang memfokuskan kepada pembangunan ammonia hijau sebagai sumber kuasa untuk pengangkutan bersih, Amogy mendakwa telah berjaya mengeluarkan “trak semi berkuasa ammonia pertama di dunia.”

Trak semi itu didakwa berupaya menyimpan kira-kira 900 kWj tenaga, hampir  sama sepertimana trak semi keluaran Tesla.

Berkaitan

  • Kad Prabayar TNG Visa Rasmi, Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • SIRIM Bangunkan Sistem Pengesanan Bersepadu Durian Musang King
  • Toyota Tayang AE86 Diubah Menjadi Kereta EV Dan Hidrogen

Cuma antara perbezaan utama antara 2 trak ini adalah trak semi Tesla memerlukan masa sehingga 30 minit untuk mengecas baterinya ke tahap 70%.

Semenatara trak semi Amogy ini pula hanya memerlukan masa selama 8 minit sahaja untuk diisi semula gas amonia.

Trak Ini Pertama Di Dunia Dikuasakan Oleh Amonia, Miliki Sama Tenaga Dengan Trak Semi Tesla

Walaubagaimanapun buat masa ini, Amogy tidak memberikan anggaran prestasi trak semi mereka. Jadi adalah sukar untuk membandingkan prestasi sebenar trak ini dengan trak semi Tesla.

Amogy berkata, sistem tenaga bebas karbonnya … mempunyai ketumpatan tenaga 5X lebih tinggi berbanding sistem bateri litium,” Jadi boleh dijangkakan trak semi ini jauh lebih ringan berbanding Tesla.

Selepas berjaya demonstrasikan amonia pada dron, traktor dan trak, Amogy merancang pula untuk jalankan ujian pada kenderaan marin pada tahun ini juga.

Sumber: Amogy

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY