Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EV Toyota

Toyota Tayang AE86 Diubah Menjadi Kereta EV Dan Hidrogen

Diterbitkan Januari 18, 2023 · Dikemas kini Januari 18, 2023 oleh ariff bukhari

Pasukan Toyota Gazoo Racing baru-baru ini menayangkan video kejayaannya di rali dunia serta hasil ‘convert‘ yang dilakukan ke atas kereta ikonik keluaran mereka iaitu Toyota AE86 (Tureno dan Levin), dengan mengubah 2 siri kereta itu kepada versi bateri elektrik dan hidrogen di pameran Tokyo Auto Salon.

Pengeluar utama kenderaan bermotor dari Jepun itu sebelum ini telah mendominasi pasaran kenderaan hibrid menerusi Toyota Prius.

Toyota Tayang AE86 Diubah Menjadi Kereta EV Dan Hidrogen
Toyota Prius generasi pertama, yang dihasilkan pada tahun 1997. Kredit: Wikipedia

Walaubagaimanapun Presiden Akio Toyoda dilaporkan berkata, usaha ekologi dalam industri kereta mula dihargai di banyak negara, tetapi dia berasa kurang dihargai di Jepun.

Berkaitan

  • Kad Prabayar TNG Visa Rasmi, Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • Cip M2 Pro Dan M2 Max Diumumkan - Cip Lebih Berkuasa Untuk MacBook Pro Dan Mac Mini Baharu
  • SIRIM Bangunkan Sistem Pengesanan Bersepadu Durian Musang King

 

Semasa di pameran itu, beliau menyatakan bahawa tidak mahu meninggalkan golongan pencinta kenderaan lama dan pada masa yang sama menunjukkan bahawa Toyota tidak terkebelakang dalam perlumbaan menghasilkan kereta elektrik.

Menerusi penukaran enjin ke atas kereta ikonik mereka itu, jelas Toyota ingin menyatakan bahawa mereka mempunyai teknologi, kejuruteraan, kewangan dan pengalaman industri untuk kekal sebagai pesaing kuat dalam penghasilan kenderaan hijau.

Sumber: Time

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
©2026 WISER.MY