Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SIRIM Durian

SIRIM Bangunkan Sistem Pengesanan Bersepadu Durian Musang King

Diterbitkan Januari 18, 2023 ยท Dikemas kini Januari 18, 2023 oleh Amalina Athman

SIRIM Berhad melalui anak syarikatnya, SIRIM Tech Venture (STV) bekerjasama dengan syarikat DSR Taiko Berhad dalam pembangunan teknologi melibatkan durian Musang King.

Kerjasama tersebut melalui penyerahan Laporan Kajian Kebolehlaksanaan Pasaran; DSR01:2022 Standard DSR Durian Musang King dan Sistem Pengesanan Bersepadu Musang King (MKITS) kepada syarikat DSR Taiko Berhad.

Berkaitan

  • Kenapa Perlu Ada 'Cop' SIRIM? Ini Jawab Mereka
  • Durian Terima Pensijilan SIRIM Sebelum 2023

Menerusi kerjasama itu, CEO SIRIM Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata STV menjalankan kajian kebolehlaksanaan pasaran untuk mengukur permintaan, peluang dan cabaran industri durian di peringkat global bagi proses perancangan perniagaan, kepelbagaian dan pengembangan pasaran.

Standard DSR Durian Musang King merangkumi keperluan dalam memastikan kualiti dan keaslian durian Musang King termasuk pemilihan bahan penanaman, pengurusan dusun, keperluan produk, ciri-ciri buah dan aktiviti selepas tuai boleh dikesan daripada pokok dan ladang.

Sementara itu, MKITS pula menggunakan teknologi Internet Pelbagai Benda (loT) dan disesuaikan dengan dusun durian Musang King DSR Taiko Berhad, yang membolehkan buah durian dan produk hiliran dikesan daripada punca dan lokasi pokok.

Sistem ini memastikan pemantauan berkesan sepanjang proses pengeluaran dan pengangkutan raja buah berkenaan dan dilengkapi dengan papan pemuka untuk tujuan pelaporan operasi serta pengurusan yang boleh diakses oleh pengguna pada sepanjang masa.

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: SIRIM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY