Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Professor Ir. Dr. Mahidzal Bin Dahari

Pensyarah UM Perkenal Teknologi Pintar Simpan Hidrogen Pepejal Lebih Selamat

Diterbitkan September 22, 2025 · Dikemas kini September 22, 2025 oleh ariff bukhari

Seorang pensyarah Universiti Malaya (UM) bernama Professor Ir. Dr. Mahidzal Bin Dahari dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik memperkenalkan teknologi penyimpanan hidrogen dalam bentuk pepejal yang lebih selamat, pintar, dan praktikal untuk menyimpan hidrogen.

Apabila diperlukan, hidrogen boleh dilepaskan melalui penurunan tekanan atau pemanasan ringan, lalu digunakan untuk menjana elektrik melalui sel bahan api atau menggerakkan kenderaan hidrogen serta pelbagai aplikasi lain.

Jadi, teknologi yang diperkenalkan Prof. Mahidzal ini boleh menyimpan hidrogen dalam bentuk pepejal pada suhu bilik, menjadikannya lebih kompak, mudah dikendalikan, dan selamat berbanding kaedah konvensional seperti silinder bertekanan tinggi (hingga 700 bar) atau tangki kriogenik (-253°C) yang mahal, rumit, dan berisiko.

Ia juga sekali gus mengurangkan cabaran logistik serta kos penyimpanan.

Pensyarah UM Perkenal Teknologi Pintar Simpan Hidrogen Pepejal Lebih Selamat
Professor Ir. Dr. Mahidzal Bin Dahari bersama ciptaannya.

Lebih penting lagi, teknologi ini membolehkan integrasi yang lebih lancar dengan penghasilan hidrogen daripada sumber tenaga boleh diperbaharui.

Ia membuka jalan untuk penggunaan hidrogen secara meluas dalam pelbagai sektor, daripada pengangkutan, penjanaan kuasa, hinggalah industri berat.

Pasukan penyelidik UM ini merancang untuk menskalakan teknologi ini ke tangki berkapasiti besar (50 liter ke atas) bagi menyokong keperluan tenaga komuniti dan industri.

Matlamat utama adalah untuk menjadikan tenaga hidrogen lebih mampu milik, mudah diakses, dan mesra alam, sekali gus mempercepatkan peralihan ke arah masa depan tenaga bersih.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Inovasi Pelajar UTM Bagi Selamatkan Mangsa Banjir Diiktiraf Antarabangsa
  • Sistem Lampu Isyarat PJ Sentral Dan SS2 Kini Dipacu AI Dibangunkan CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
  • Pengguna iPhone Lebih Berisiko Menjadi Mangsa Scam Berbanding Android - Google
©2026 WISER.MY