Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Toyota Hasilkan Kerusi ‘Gaming’ Mewah Edisi Terhad Berharga ~RM15,000

Toyota Hasilkan Kerusi ‘Gaming’ Mewah Edisi Terhad Berharga ~RM15,000

Diterbitkan April 28, 2026 oleh ariff bukhari

Toyota Boshoku telah membangunkan kerusi gaming mewah berdasarkan tempat duduk hadapan model Crown Toyota yang pastinya akan membawa pengalaman duduk ke tahap baharu kepada para gamer tegar.

Kerusi ini menggabungkan kepakaran reka bentuk automotif dengan fungsi pejabat moden, hasil kerjasama bersama Itoki Co. yang menyumbang kepada struktur kaki, pelaras ketinggian dan perehat tangan.

Antara ciri utama yang dimuatkan ke dalam kerusi gaming ini termasuk pemanas kerusi 3 tahap untuk keselesaan ketika cuaca dingin atau ruang berhawa dingin.

Ia turut dilengkapi sistem ventilasi 3 tahap menggunakan sedutan untuk menyejukkan dengan pantas bagi mengurangkan rasa panas dan peluh ketika duduk lama.

Toyota Hasilkan Kerusi ‘Gaming’ Mewah Edisi Terhad Berharga ~RM15,000

Kerusi ini juga dilengkapi bateri mudah alih yang boleh dicas semula bagi membolehkan pelbagai pelarasan elektrik seperti merebah, ubah ketinggian kerusi dan mencondongkannya ke hadapan.

Ketinggian juga boleh dilaras secara manual untuk kesesuaian ergonomik.

Lebih unik, kerusi ini menampilkan tali pinggang keledar yang diubah menjadi port USB.

Toyota Hasilkan Kerusi ‘Gaming’ Mewah Edisi Terhad Berharga ~RM15,000

Dengan reka bentuk premium, jualan kerusi ini bermula 23 April 2026 secara tempahan khas di kedai khusus Crown di Jepun.

Menjadi sebahagian daripada “KOLEKSI CROWN“, kerusi ini tersedia dalam kuantiti terhad iaitu sebanyak 70 unit sahaja dengan setiap unit kerusi ini dijual pada harga US$3,500 (~RM15,000).

Kumpulan Toyota Boshoku meruapakan salah satu pembekal sistem dalaman dan pengeluar penapis premium dunia, membangun dan menghasilkan komponen dalaman serta komponen unit.

Pejabat utama mereka, Toyota Boshoku Corporation yang  berpangkalan di Kariya City, Jepun, turut mempunyai cawangan lain di rantau Asia menerusi anak syarikat milik penuhnya, Toyota Boshoku Asia (TBAS) termasuklah di Indonesia, Malaysia, Filipina, Taiwan, Vietnam, Australia, Laos dan Pakistan.

1 (1)
TOYOTA BOSHOKU UMW SDN. BHD. terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang, Selangor.

Kumpulan TBAS ialah pengeluar utama sistem dalaman automotif, yang merangkumi tempat duduk, kemasan pintu, penutup bumbung, substrat dan permaidani selain penapis udara dan minyak untuk pelbagai pelanggan.

Berkaitan

  • Toyota Kata 9 Juta EV Sama Mencemarkan Dengan 27 Juta Hibrid
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Toyota Lancar 3 EV Baharu Di Malaysia, Harga Bermula RM198 Ribu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta 'Sticker' Berbunyi
  • Microsoft Perkenal Maia 300 Dengan Memori HBM4 288GB
  • Microsoft Mula Guna Cip AI Sendiri Dalam Pusat Data, Perlu Tenaga Setara Beberapa Loji Nuklear
  • NVIDIA Dan Cisco Perkenal Format Sambungan Optik Baharu Berkelajuan Sehingga 12.8Tb/s
©2026 WISER.MY