Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Audi Lancarkan Jenama AUDI Di China, Perkenal EV Yang Boleh Dicas 10 Minit Beri Julat 370 Km

Audi Lancarkan Jenama AUDI Di China, Perkenal EV Yang Boleh Dicas 10 Minit Beri Julat 370 Km

Diterbitkan November 8, 2024 · Dikemas kini November 8, 2024 oleh ariff bukhari

Audi bekerjasama dengan SAIC untuk melancarkan syarikat kereta baharu di China.

Daripada  menamakan nama syarikat yang berbeza yang boleh dipilih, mereka memutuskan untuk menggunakan AUDI tapi tanpa 4 gelung pada jenama Audi.

Sebaliknya menggunakan 4 aksara AUDI berhuruf besar kesemuanya.

Sebagai permulaan di bawah jenama itu, AUDI menayangkan kereta konsep AUDI E  bagi menunjukkan bagaimana kereta itu boleh melebihi jangkaan pengguna China.

AUDI E concept

Gernot Döllner, Ketua Pegawai Eksekutif Audi berkata,

“Dengan melancarkan jenama baharu ini untuk model elektrik dan pintar di China, Audi memecah landasan baharu untuk memanfaatkan segmen pelanggan baharu dan lebih celik teknologi.”

Konsep EV AUDI E dibangunkan bersama oleh pakar dari Jerman dan China. Ia menawarkan pratonton tiga model pengeluaran masa depan yang akan diperkenalkan mulai pertengahan 2025 akan datang.

AUDI E concept
Konep AUDI E dalam warna Morning Haze.
AUDI E concept
Gernot Döllner, Pengerusi Lembaga Pengurusan AUDI AG
AUDI E concept
AUDI E concept
Paparan sentuh 4K melengkung dalam EV konsep ini menawarkan dimensi baharu maklumat yang boleh diakses secara intuitif.

AUDI E diletakkan sebagai sportback elektrik sepenuhnya dengan panjang 4,870 mm, lebar 1,990 mm dan tinggi 1,460 mm, serta jarak roda 2,950 mm.

EV ini dipacu oleh dua motor elektrik, yang terletak pada gandar hadapan dan belakang, memberikan jumlah kuasa setinggi 570 kW (~764hp) dan 800 Nm.

Bersama-sama dengan pacuan empat roda Audi quattro yang khas, ini membolehkan ia mencapai pecutan dari 0-100 km/j dalam 3.6 saat sahaja.

Kereta konsep ini dilengkapi dengan bateri 100 kWj, membolehkan jarak 700 km diukur mengikut CLTC (Combined Charging Load Test Cycle) apabila dicas penuh.

AUDI E concept
AUDI E concept

Platform Digital Termajunya juga mempunyai seni bina 800 volt yang inovatif dengan pengecasan pantas di mana dengan hanya 10 minit pengecasan, EV konsep ini sudah cukup untuk memberikan lebih daripada 370 km.

Tiga model BEV pertama AUDI akan berada dalam segmen saiz sederhana dan saiz penuh (B dan C) dengan model pertama akan dijual pada 2025.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Suzuki Lancar EV Pertama, Produksi Akan Bermula Antara Mac Dan April 2025 Di India 
  • DJI Lancarkan Goggle N3 Baharu Pada Harga Lebih Mampu Milik

Sumber: Audi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY