Touch ‘n Go eWallet Berjaya Penuhi Syarat Keselamatan Mandatori Bank Negara Malaysia

Touch ‘n Go eWallet mengumumkan kejayaan pelaksanaan kesemua 5 langkah keselamatan mandatori yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia yang bertujuan untuk memerangi penipuan.

Kejayaan pelaksanaan itu adalah lebih awal 4 bulan sebelum tarikh akhir yang diberikan ke atas mereka, sekaligus mendahului bank dan perkhidmatan eWallet yang lain di Malaysia.

Langkah pertama daripada 5 langkah keselamatan utama itu ialah pemindahan daripada menggunakan kata laluan satu kali SMS (OTP) kepada kaedah pengesahan biometrik yang lebih selamat.

Touch ‘n Go eWallet telah melaksanakan pengesahan wajah sebagai kaedah pengesahan biometrik apabila pengguna log masuk ke aplikasi eWallet, menukar PIN eWallet, melakukan transaksi atau membuat pembayaran dengan eWallet dan melakukan tambah nilai ke eWallet mereka.

Langkah kedua adalah dengan mengetatkan peraturan pengesanan penipuan dan pencetus untuk menyekat transaksi yang mencurigakan.

Transaksi ambang tertentu atau sebarang aktiviti luar biasa dan tingkah laku mencurigakan yang diperhatikan pada akaun pengguna akan dihadkan atau disekat.

Makluman e-mel akan dihantar kepada pengguna sekiranya transaksi mereka melebihi had yang ditetapkan.

Ketiga adalah pengesahan transaksi perbankan elektronik kini terhad kepada satu peranti mudah alih atau peranti selamat bagi setiap pemegang akaun sahaja.

Touch ‘n Go eWallet telah memperkenalkan TapSecure sebagai fungsi kelulusan satu ketik mandatori untuk mengesahkan transaksi pengguna.

Kelulusan TapSecure akan memastikan bahawa hanya peranti terpaut pengguna sahaja yang boleh digunakan untuk kelulusan transaksi dalam akaun eWallet pengguna.

Seterusnya adalah terdapat tempoh pengesahan dan bertenang untuk pendaftaran perkhidmatan kali pertama, peranti selamat atau dokumen profil dengan pendekatan berasaskan risiko.

Pada asasnya, tempoh bertenang bermakna apabila pengguna log masuk ke Touch 'n Go eWallet mereka daripada peranti baharu dengan kaedah pengesahan yang kurang selamat, ia akan mencetuskan satu set keadaan berasaskan risiko di mana pengguna akan dihadkan kepada jumlah untuk tambah nilai atau pembayaran sehingga 48 jam.

Sebarang tambah nilai atau bayaran melebihi had akan ditolak secara automatik.

{suggest}

Sumber: TnG