Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Pertimbang Ambil Tindakan Ke Atas Awesome TV

MCMC Pertimbang Ambil Tindakan Ke Atas Awesome TV

Diterbitkan Mac 7, 2023 ยท Dikemas kini Mac 7, 2023 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini memaklumkan sedang mempertimbang tindakan kawal selia (regulatory action) ke atas pihak Awesome TV susulan kemungkinan pelanggaran seksyen 36 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Berkaitan

  • Awesome TV Akan Disiasat Di Bawah Seksyen 206 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 - MCMC

Jelas MCMC, sebarang operasi penyiaran oleh stesen televisyen haruslah mematuhi peraturan dan syarat-syarat lesen yang ditetapkan di dalam Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan CASP (I).

Dalam pada itu, MCMC turut menyatakan pihaknya memandang serius berhubung pematuhan pelesenan dan komited memastikan tahap pematuhan itu. Dimaklumkan, kegagalan untuk berbuat demikian merupakan satu kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Terdahulu, Awesome TV didakwa telah menyiarkan berita tidak benar mengenai cadangan untuk mengurangkan bilangan penjawat awam.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY