Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CSM Diarah Teliti Aspek Keselamatan Aplikasi, Peranti Penjawat Awam – Fahmi

CSM Diarah Teliti Aspek Keselamatan Aplikasi, Peranti Penjawat Awam – Fahmi

Diterbitkan Mac 6, 2023 · Dikemas kini Mac 6, 2023 oleh Amalina Athman

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan satu kaedah kawal selia atau garis panduan untuk menjamin keselamatan aplikasi dan peranti yang diguna pakai penjawat awam, terutama anggota pentadbiran, akan diteliti bagi menjamin kerahsiaan kerajaan.

Berkaitan

  • Menteri Persoal Bagaimana Mentega Terbang Lepas Ditayangkan Pada 2021
  • Pasukan Dron Khas Bersiap Sedia Bantu Pasukan Penyelamat Di Negeri-Negeri Dilanda Banjir - Menteri

Beliau berkata, CyberSecurity Malaysia (CSM) telah diminta untuk meneliti beberapa aspek penting berhubung isu keselamatan melibatkan penggunaan aplikasi media sosial di pejabat dan agensi kerajaan.

Jelasnya, isu penggunaan aplikasi seperti TikTok, Facebook, dan media sosial lain di tempat kerja secara tidak langsung mendedahkan perkara bersifat rahsia dan sensitif yang dibincangkan dalam mesyuarat.

Fahmi menyatakan perbincangan akan diadakan di peringkat Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) setelah CSM membuat penilaian dan perbincangan itu akan diperluas kepada kementerian dan agensi lain bagi menyediakan rangka kawal selia untuk aplikasi dan peranti yang digunakan oleh penjawat awam.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan warga KKD supaya kerap menukar kata laluan di komputer masing-masing supaya tidak berlaku kecurian data.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY