Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tonton ‘Reels’ Sebelum Tidur Boleh Menyebabkan Hipertensi Pada Golongan Muda Dan Pertengahan – Kajian

Tonton ‘Reels’ Sebelum Tidur Boleh Menyebabkan Hipertensi Pada Golongan Muda Dan Pertengahan – Kajian

Diterbitkan Januari 14, 2025 · Dikemas kini Januari 14, 2025 oleh ariff bukhari

Kajian terkini yang dibuat baru-baru ini menunjukkan bahawa menonton video pendek atau kekili (reels) di media sosial, terutamanya sebelum tidur, boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi (hipertensi).

Ia melibatkan analisis terhadap 4,318 individu muda dan pertengahan umur yang menunjukkan bahawa tempoh skrin yang lebih lama pada waktu tidur berkait rapat dengan prevalens hipertensi.

Penemuan itu telah dilaporkan di dalam jurnal BMC Public Health.

” Lebih-lebih lagi, menonton video pendek sebelum tidur boleh menyebabkan rangsangan simpatetik, yang mungkin merupakan satu lagi mekanisme penting untuk ketinggian tekanan darah yang disebabkan oleh menonton video pendek pada waktu tidur.”

Kajian sebelumnya juga yang diterbitkan dalam Jurnal Jantung Eropah – Kesihatan Digital,  Persatuan Kardiologi Eropah (ESC), menunjukkan bahawa tahap rendah tenaga frekuensi radio yang dipancarkan daripada telefon bimbit telah dikaitkan dengan peningkatan tekanan darah.

Kajian itu mendedahkan bahawa penggunaan telefon bimbit lebih 30 minit seminggu boleh meningkatkan risiko hipertensi akibat pendedahan kepada tenaga radiofrekuensi rendah.

Ekoran itu, sebagai langkah pencegahan, pakar mencadangkan kawalan ketat terhadap waktu skrin sebelum tidur dan menambah baik gaya hidup untuk mengurangkan risiko ini.

“Ini menunjukkan bahawa kawalan ketat masa skrin yang dihabiskan untuk menonton video pendek sebelum tidur, mengawal berat badan, lipid darah, glukosa darah, dan paras asid urik,”

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Kajian: Bahan Kimia Kekal Ditemui Dalam Tali Jam Tangan Pintar Dan Penjejak Kecergasan
  • 2024 Tahun Paling Panas, Gelombang Haba Dan Banjir Dijangka Lebih Teruk - NASA

Sumber: BMC Public Health

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY