Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
2024 Tahun Paling Panas, Gelombang Haba Dan Banjir Dijangka Lebih Teruk – NASA

2024 Tahun Paling Panas, Gelombang Haba Dan Banjir Dijangka Lebih Teruk – NASA

Diterbitkan Januari 13, 2025 oleh ariff bukhari

Suhu purata permukaan bumi pada tahun 2024 mencatatkan rekod tertinggi, menurut analisis NASA.

Suhu global didapati 1.28°C lebih tinggi daripada suhu purata abad ke-20 (1951–1980), melepasi rekod tahun 2023.

Malah selama lebih separuh tahun 2024, suhu purata global telah melebihi 1.5°C di atas tahap pra-industri.

Pemanasan ini didorong oleh gas rumah hijau seperti karbon dioksida, yang kini mencapai 420 ppm berbanding 278 ppm pada era pra-industri.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/01/11120005/globalanom_gis_2024.mp4

Fenomena El Niño yang kuat pada 2023 turut menyumbang kepada kenaikan suhu ini.

NASA menyatakan, kesan pemanasan global kini jelas pada skala tempatan, dengan peningkatan hujan ekstrem, gelombang haba, dan risiko banjir.

“Tidak setiap tahun akan memecahkan rekod, tetapi trend jangka panjang adalah jelas. Kami sudah melihat kesan dalam hujan yang melampau, gelombang haba dan peningkatan risiko banjir, yang akan terus menjadi lebih teruk selagi pelepasan berterusan.” Gavin Schmidt, pengarah Institut Goddard untuk Kajian Angkasa (GISS) NASA di New York.

NASA dan agensi lain terus memantau data ini untuk memahami perubahan iklim dan membantu penggubal dasar.

Analisis bebas oleh NOAA, Copernicus, dan institusi lain juga mengesahkan 2024 sebagai tahun terpanas dalam sejarah moden, menunjukkan trend pemanasan yang berterusan.

Berkaitan

  • Letusan Gunung Berapi Mungkin Penyelesaian Isu Pemanasan Global
  • Saintis Mendakwa Awan Penyebab Kepada Isu Peningkatan Pemanasan Global
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda

Sumber: NASA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY