Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tonton Kereta Elektrik BYD Melompat Serentak Dengan 4 Tayarnya

Tonton Kereta Elektrik BYD Melompat Serentak Dengan 4 Tayarnya

Diterbitkan April 17, 2023 oleh ariff bukhari

Bagi memperlihatkan kehebatan dan keupayaan sistem suspensi yang dipasang pada kereta elektrik (EV) keluaran mereka, pengeluar kereta elektrik terbesar dunia, BYD Company Ltd. menayangkan kepada umum EV mereka yang boleh melompat.

Menerusi model EV Sport BYD YangWang U9, BYD menayangakn kepada umum kereta mereka itu melompat di pameran Shanghai Motor Show.

Tidak perlu bergerak laju, hanya dalam ke adaan statik EV tersebut boleh dilihat dengan jelas ia melompat beberapa inci di atas pentas.

 

Sistem gantungan EV itu adalah sebahagian daripada apa yang dipanggil ‘Sistem DiSus’ – yang didakwa BYD sebagai “sistem kawalan badan kenderaan paling canggih dalam industri di seluruh dunia”.

YangWang U9 adalah EV yang dikuasakan oleh empat motor elektrik yang berupaya menghasilkan gabungan kuasa 820kW dan 1680Nm.

Sekaligus ia mampu memecut selaju 100km/j dari keadaan terhenti hanya dalam masa dua saat sepeti yang didakwa BYD.

Walaupun spesifikasi bateri U9 masih belum diumumkan, tetapi laporan media China mencadangkan supercar itu akan dapat bergerak sehingga sejauh  700 kilometer dengan sekali cas.

Berkaitan

  • TNG eWallet Bawakan 'Equal' Dalam Money Packet, Agihan Duit Raya Sama Rata Untuk Semua
  • Pakel Time MyKabel Kini Libatkan 100Mbps, 500Mbps Dan 1Gbps Bermula RM69/Bulan
  • Ketika Ini Hanya 8 Kawasan Ini Sahaja Yang Boleh Melanggan Pakej Perpaduan PPR/ PA @MyKabel

Sumber: Drive

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY