Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tng ewallet money packet duit raya

TNG eWallet Bawakan ‘Equal’ Dalam Money Packet, Agihan Duit Raya Sama Rata Untuk Semua

Diterbitkan April 17, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Adakah anda pernah gunakan ciri Money Packet dalam aplikasi TNG eWallet? Ia dilancarkan pada Tahun Baru Cina lalu dan berfungsi seperti angpau tetapi secara online dan jumlahnya rawak.

Dengan Hari Raya Aidilfitri menjelang dalam beberapa hari ini, ciri ini pastinya buatkan anda teruja untuk cuba kerana ia seumpama memberi duit raya secara online.

tng ewallet

Apa itu Money Packet?

Uniknya, penerima yang perlu imbas kod QR anda, bukan anda yang scan kod QR mereka seperti DuitNow QR yang biasa kita gunakan.

cara buat money packet tng 2

Secara ringkas, anda cipta Money Packet dengan jumlah tertentu kemudian TNG eWallet akan berikan anda sebuah kod QR untuk diimbas penerima.

Sesiapa yang mengimbasnya akan menerima wang namun jumlahnya diberikan adalah rawak.

Misalnya, Money Packet yang anda tetapan RM100 keseluruhannya. Apabila Ali mengimbasnya, dia mendapat RM0.10 namun Ah Seng pula RM9.30.

cara buat money packet tng 3

Money Packet Equal, duit raya yang sama untuk semua

Namun dengan ciri Equal yang baru diperkenal, anda boleh tetapkan kesemua penerima menerima jumlah yang sama.

cara buat maoney packet tng 1

Jadi, Ali dan Ah Seng akan terima RM5 masing-masing, jika anda tetapkan RM5.

TNG eWallet > Transfer > Money Packet > Create Money Packet > Equal

Anda perlu tetapkan berapa orang akan terimanya, jumlah RM diterima masing-masing dan ucapan.

Berkaitan

  • Ini Senarai Pautan 'Scam' Dan Cara Ketahui SMS Daripada 'Scammer' Atau TNG eWallet
  • Ketahui Jenis Akaun TNG eWallet Anda Dan Perbezaannya
  • Cara Mudah Bagi 'Angpau' Melalui Money Packet TNG eWallet
  • Perbandingan Kad Prabayar Di Malaysia - BigPay, Wise, MAE, TNG Visa
  • Mulai Esok, TNG eWallet Hadkan Pengeluaran Duit Yang Ditambah Nilai Daripada Kad Kredit
  • TapSecure: Peranti Perlu Dipautkan Ke TNG eWallet Sebelum 3 April 2023, Ini Caranya

Bercakap tentang aplikasi, ini tentunya sudah tahu tentang kad VISA TNG. Untuk perbandingan dengan kad lain seperti MAE, Wise dan Bigpay, baca artikel INI.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
©2026 WISER.MY