Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ketika Ini Hanya 8 Kawasan Ini Sahaja Yang Boleh Melanggan Pakej Perpaduan PPR/ PA @MyKabel

Ketika Ini Hanya 8 Kawasan Ini Sahaja Yang Boleh Melanggan Pakej Perpaduan PPR/ PA @MyKabel

Diterbitkan April 17, 2023 oleh ariff bukhari

Kerajaan sudah pun mengumumkan pakej khas khusus bagi penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) dan penduduk Perumahan Awam (PA).

Menerusi pakej ini warga PPR/ PA dapat menikmati akses Internet Jalur Lebar Tetap data tanpa had (unlimited), dengan kelajuan 100Mbps hanya pada harga RM69 sebulan dengan kontrak selama 24 bulan.

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia menyatakan, Pakej Perpaduan PPR/PA @MyKabel akan terus diperluaskan secara berperingkat.

Tetapi buat masa ini, hanya 8 kawasan penduduk PPR danPA yang sudah boleh melanggan pakej khas ini:-

Selangor

  1. PPR Kampung Baru HICOM
  2. PPR Kota Damansara
  3. PPR Lembah Subang 2
  4. PPR Taman Putra Damai (Lembah Subang 1)

W.P. Kuala Lumpur

  1. PPR Kerinchi
  2. PA Desa Rejang

Johor

  1. PPR Melana Indah 2

Pulau Pinang

  1. PPR Kampung Melayu

Pakej Perpaduan PPR/PA @MyKabel sudah pun mula ditawarkan sejak 1 Mac 2023 lalu dan akan berakhir pada 31 Disember 2023.

Berkaitan

  • Senarai ATM CIMB Bank Untuk Tukar Duit Raya 2023
  • TNG eWallet Bawakan 'Equal' Dalam Money Packet, Agihan Duit Raya Sama Rata Untuk Semua
  • Pakel Time MyKabel Kini Libatkan 100Mbps, 500Mbps Dan 1Gbps Bermula RM69/Bulan

Sumber: MCMC

Imej: PPR Kg. Baru Hicom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY