Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNG LED Limited Edition Card_5

TNG Perkenal Kad LED Edisi Terhad – Menyala Tiap Kali Tap

Diterbitkan Mei 28, 2025 · Dikemas kini Mei 28, 2025 oleh Amalina Athman

Touch ‘n Go kini memperkenalkan Kad LED Edisi Terhad – You Light Up My Life.

Tidak seperti kad biasa, kad LED ini menampilkan rekaan eksklusif dengan lampu LED terbina yang akan menyala setiap kali disentuh pada terminal pembayaran.

TNG LED Limited Edition Card_6

Selain rekaan yang unik, kad ini turut menawarkan fungsi yang sama seperti kad TNG NFC yang lain. Antaranya termasuk tambah nilai dan semakan baki kad pada bila-bila masa melalui TNG eWallet, serta pembayaran tanpa tunai di tol, transit awam dan parkir.

TNG LED Limited Edition Card_1
TNG LED Limited Edition Card_2
TNG LED Limited Edition Card_3
TNG LED Limited Edition Card_4

Dijual pada harga RM27, Kad LED Edisi Terhad boleh dibeli melalui kedai rasmi Touch ‘n Go di Shopee atau Hab Touch ‘n Go yang terletak di Bangsar South dan NU Sentral.

Walau bagaimanapun, semakan terkini di Shopee menunjukkan kad ini telah dialih keluar daripada senarai jualan, menandakan kemungkinan stok telah habis atau jualan dihentikan buat sementara waktu.

Bagi yang berminat, anda boleh menyemaknya semula dari semasa ke semasa sekiranya stok kembali tersedia.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • TNG eWallet Kini Tawar 'Travel eSIM', Ini Cara Beli
  • TNG eWallet Perkenal 'LPR Parking'- Ini Yang Perlu Diketahui & Senarai Lokasi Terpilih
  • Google Pay Kini Sokong TNG eWallet, ShopeePay

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY