Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
senarai lokasi LPR Parking TNG eWallet

TNG eWallet Perkenal ‘LPR Parking’- Ini Yang Perlu Diketahui & Senarai Lokasi Terpilih

Diterbitkan Mac 14, 2025 · Dikemas kini Mac 14, 2025 oleh Amalina Athman

Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet) baru-baru ini memperkenalkan ciri LPR Parking (License Plate Recognition Parking) di bawah portfolio Transport.

Dengan ciri ini, ia membolehkan pengguna membayar parkir dengan lancar di lokasi terpilih, melalui pengecaman nombor plat kenderaan.

Bagaimana ia berfungsi?

Sistem akan mengimbas plat nombor kenderaan pengguna semasa masuk, dan palang akan terbuka secara automatik. Pengguna juga akan menerima notifikasi yang mengandungi nombor plat kenderaan, lokasi parkir, serta peringatan untuk memastikan baki eWallet mencukupi.

Sewaktu keluar, sistem akan mengira caj parkir dan menolaknya daripada baki eWallet pengguna. Palang akan terbuka sebaik sahaja pembayaran disahkan, dan pengguna akan menerima notifikasi pembayaran daripada eWallet.

Ada caj tambahan ke kalau guna LPR Parking?

Menurut TNG, tiada caj tambahan yang dikenakan jika menggunakan LPR Parking. Sebaliknya, bayaran parkir ditetapkan oleh pengendali parkir dan akan ditolak terus daripada baki eWallet pengguna.

Jika terdapat caj yang tidak tepat daripada eWallet, pengguna boleh menghubungi Touch ‘n Go Careline di talian +603-2714 8888. Sebarang caj yang tidak betul akan dipulangkan ke eWallet pengguna dalam tempoh 30 hari.

Perlu minimum baki dalam TNG eWallet ke?

Tidak, tiada baki minimum diperlukan untuk memasuki kawasan parkir menggunakan LPR Parking. Namun, pastikan baki eWallet mencukupi sebelum keluar dan tambah nilai jika perlu bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Kalau telefon habis bateri, hilang atau tiada sambungan internet macam mana?

LPR Parking tetap akan berfungsi dalam situasi berikut, kerana sistem boleh menolak caj parkir daripada eWallet jika baki mencukupi:

  • Telefon kehabisan bateri atau peranti hilang: Sistem akan menggunakan baki eWallet terakhir yang direkodkan untuk membuat potongan.
  • Tiada sambungan internet: LPR Parking tidak memerlukan sambungan data internet untuk memproses pembayaran.
  • Baki tidak mencukupi: Jika palang tidak terbuka kerana baki tidak mencukupi, pengguna masih boleh keluar dengan menggunakan kaedah pembayaran alternatif seperti kad Touch ‘n Go.

Cara daftar LPR Parking dalam TNG eWallet

Sebelum itu, perlu diketahui bahawa pengguna boleh memautkan sehingga 10 nombor plat kenderaan dalam ciri LPR Parking di TNG eWallet. Caranya seperti berikut:

  1. Buka aplikasi TNG eWallet dan klik “More” di bawah bahagian “My Favourites” pada skrin utama.
  2. Tatal ke bahagian “Transport” dan pilih “LPR Parking”.
  3. Kemudian, klik “Add vehicle now” dan ikut arahan di skrin untuk mendaftarkan kenderaan anda.
  4. Masukkan PIN 6-digit untuk pengesahan.
  5. Anda akan menerima notifikasi sebaik sahaja kenderaan berjaya didaftarkan untuk LPR Parking.
https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/03/14122932/AQNynCprgML0XTQIY-uWDLzGjGyMgkY-1zJpLcmQQSn0Mx3WHlK9drLN4EaVvbmBy4f7Jy4u24UQPvSh7C9htoBa.mp4

Pengguna juga boleh menyahaktifkan ciri ini melalui pengurusan LPR Parking dalam TNG eWallet, dengan hanya tekan toggle butang on/off di sebelah kenderaan yang dipilih.

Senarai lokasi sokong LPR Parking

Berikut adalah lokasi semasa yang menyokong LPR Parking, dengan TNG akan menambah lebih banyak lokasi pada masa akan datang.

senarai lokasi LPR Parking TNG eWallet_

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • TNG eWallet Perkenal SOS Balance, Ini Yang Perlu Anda Tahu
  • TNG eWallet Kini Tawar 'Travel eSIM', Ini Cara Beli
  • Transaksi Kad Visa TNG eWallet Guna Pengesahan TapSecure Mulai 14 Mac

Sumber: Touch ‘n Go

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY