Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Travel eSIM TNG eWallet_ featured image 2

TNG eWallet Kini Tawar ‘Travel eSIM’, Ini Cara Beli

Diterbitkan Mac 4, 2025 ยท Dikemas kini Mac 4, 2025 oleh Amalina Athman

Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet) kini memperkenalkan ciri baharu ‘Travel eSIM’ di bawah portfolio GOtravel.

Bagi yang belum tahu, eSIM merupakan kad SIM versi digital yang terbina dalam perkakasan peranti. Tidak seperti kad SIM fizikal tradisional, eSIM tidak memerlukan pengguna memasukkan atau mengalih keluar kad fizikal daripada peranti.

Dengan eSIM, pengguna boleh mengaktifkan perkhidmatan mudah alih terus pada peranti, menjadikannya lebih praktikal untuk perjalanan atau penggunaan dwitalian.

Cara beli eSIM di TNG eWallet

Sebelum itu, pastikan peranti anda mempunyai sokongan eSIM. Menurut TNG eWallet, semakan boleh dilakukan di pautan INI.

Setelah disahkan, ikut beberapa langkah di bawah untuk melakukan pembelian Travel eSIM melalui aplikasi TNG eWallet.

1. Pada halaman utama aplikasi TNG eWallet, klik “More” di bahagian “My Favorites”.

2. Kemudian, pilih “Travel eSIM” sama ada melalui “Featured” atau di bawah “GOtravel”.

Travel eSIM TNG eWallet_1

3. Travel eSIM ditawarkan dalam pilihan khusus untuk satu negara, berbilang negara, serta seluruh dunia. Pilih negara yang ingin dikunjungi dan kemudian pilih pelan data sama ada 7 hari, 15 hari, 30 hari atau lain-lain.

Travel eSIM TNG eWallet_2
Travel eSIM TNG eWallet_4

4. Semak pelan dan bayar. Pengguna akan menerima QR eSIM dan kod pengaktifan selepas pembelian. Cara pengaktifan boleh dirujuk melalui pautan “How to install & activate eSIM” yang disediakan oleh TNG eWallet.

Travel eSIM TNG eWallet_7

5. Setelah selesai pengaktifan, pengguna boleh mengakses eSIM melalui tab “My eSIM”.

Travel eSIM TNG eWallet_5

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Cara Dapatkan eSIM Hotlink Prepaid Baharu Serta-Merta, Hanya Guna Aplikasi
  • TNG eWallet Perkenal SOS Balance, Ini Yang Perlu Anda Tahu
  • Pelarian Di Malaysia Kini Boleh Guna TNG eWallet

Sumber: TNG eWallet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY